Nampak tak keunikan masjid ni...saya tertarik dengan rekabentuk kubahnya...istimewa sangat...
Isnin, 5 Oktober 2015
Ahad, 27 September 2015
Lemang
Bakar lemang tuk sambut Aidil Adha hari tu..Ni tuk yang kali kedua...selepas Aidil Fitri hari tu..InsyaAllah...kalo sihat tubuh badan dan dikurniakan rezki..tahun depan dan seterusnya...bakar lemang sendiri jugak....lebih puas hati dari beli tepi jalan...
Rabu, 31 Disember 2014
Manisnya kejayaan ini....
Malam Selasa bersamaan 30 Dis 2014 telah berlangsung Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang lepas. Antara pelajar yang diraikan ialah anak saya.
Pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penari Homestay Kg Ulu Rawa dan penyanyi cilik Marsya, Juara Bintang Kecil RTM 2014
Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Hj Ishak bin Ismail yang juga ADUN Kawasan Lenggeng.
Mesti nak tahu kan apa hadiah yang anak saya dapatkan.... Inilah dia...
Saya memang tak sangka... lumayan sungguh hadiahnya...terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar....guru-guru..PIBG terutamanya YDP dan Naib YDP...dan Dato Ishak...untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bukanlah hadiah ini yang menjadi matlamat utama dalam kejayaan anak saya, apa yang utama ialah agar dia berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah ini adalah satu dorongan kepada dia untuk terus berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Sebagai ayah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak saya.
Pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penari Homestay Kg Ulu Rawa dan penyanyi cilik Marsya, Juara Bintang Kecil RTM 2014
Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Hj Ishak bin Ismail yang juga ADUN Kawasan Lenggeng.
Mesti nak tahu kan apa hadiah yang anak saya dapatkan.... Inilah dia...
Saya memang tak sangka... lumayan sungguh hadiahnya...terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar....guru-guru..PIBG terutamanya YDP dan Naib YDP...dan Dato Ishak...untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bukanlah hadiah ini yang menjadi matlamat utama dalam kejayaan anak saya, apa yang utama ialah agar dia berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah ini adalah satu dorongan kepada dia untuk terus berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Sebagai ayah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak saya.
Khamis, 4 Disember 2014
Temuduga kemasukan pelajar tingkatan satu 2015 SMK Sultan Alam Shah Putrajaya
Alhamdulillah, rezki anak saya yg berjaya meraih 5A dalam UPSR 2014.
Dia ditawarkan untuk hadir ke temuduga pengambilan pelajar tingkatan 1 2015 Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya.
Alam Shah bukanlah satu nama baru dalam sistem pendidikan negara kita. Saya sungguh berbangga apabila anak saya terpilih untuk menghadiri temuduga di sekolah antara yang berprestij di Malaysia.
Antara ujian yg dijalankan ialah ujian bertulis, ujian temuduga dan ujian kecergasan.
Alhamdulillah along berjaya mengharungi setiap ujian dengan baik. Sejujurnya saya tidaklah mengharapkan dia berjaya memasuki Sekolah Sultan Alam Shah ini. Persaingan begitu sengit dengan calon-calon yang hebat dari seluruh negara. Seramai 120 orang calon yang hadir untuk memenuhi kouta sekolah seramai 36 orang. Sudah tentu hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang akan berjaya.
Bagi saya, dipilih menghadiri temuduga sudah merupakan kejayaan yang hebat.
Rabu, 19 November 2014
REFLEKSI
Mengajar mata pelajaran
Pendidikan Jasmani adalah satu cabaran yang hebat kepada seorang guru. Ini
kerana seorang guru Pendidikan Jasmani perlulah memastikan pergerakan yang
diajar adalah betul supaya apa yang dilakukan oleh murid tidak mendatangkan
mudarat kepada mereka. Apa yang lebih musatahak lagi teknik-teknik pergerakan itu adalah betul supaya mereka
tidak melakukan teknik-teknik yang salah sehingga berlarutan menjadi tabiat
yang kekal sedangkan teknik-teknik itu adalah salah.
Memandangkan betapa beratnya
beban seorang guru Pendidikan Jasmani, oleh itu saya sentiasa berhati-hati
supaya apa yang saya ajar tidak dikategorikan sebagai salah atau songsang.
Kemahiran melakukan servis bola tampar adalah satu aktiviti yang sukar kepada
mereka yang tidak pernah bermain bola tampar. Sebagai persiapan saya mencari
klip-klip video di You Tube tentang latihan asas kepada mereka yang baru hendak
bermain bola tampar. Walaupun saya pernah biasa bola tampar, saya tetap mahu
menambah ilmu supaya saya tidak tersalah mengajar kepada anak murid saya.
Pada langkah permulaan
saya cuba membawa aktiviti melakukan servis itu sendiri sebagai cara saya
meningkatkan kadar nadi murid saya. Saya meminta mereka memukul bola kecil
dengan menggunakan tapak tangan di bahagian bawah bola ke arah rakan di hadapan
mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir. Saya melihat aktiviti ini sangat
bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Respon daripada anak
murid saya sangat baik dan mereka gembira melakukan aktiviti ini. Cuma saya
rasa sepatutnya saya menambahkan lagi tempo kerancakan mereka bergerak. Ini
akan menaikkan lagi kadar nadi mereka dan tahap keseronokan mereka. Aktiviti
regangan juga berjalan dengan baik.
Langkah permulaan saya
menunjukkan terlebih dahulu cara melakukan servis yang betul kepada murid-murid
saya. Oleh kerana semua murid saya ini adalah kali pertama mereka melakukan
servis, maka saya sedaya upaya menunjukkan cara melakukan servis yang betul
supaya mereka mendapat teknik melakukan servis yang betul. Saya menerangkan
titik kontak bahagian bawah bola yang perlu dipukul untuk mendapatkan servis yang
baik. Penerangan saya mudah difahami oleh murid saya kerana mereka berjaya
melakukan servis dengan cara yang betul. Saya sentiasa memantau pergerakan mereka
dan menegur jika ada yang melakukan teknik yang salah. Mungkin kerana masa yang
terhad saya mengharapkan mereka dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.
Ini mungkin kelemahan saya kerana agak terburu-buru mengejar masa sedangkan
pemahaman murid itu yang lebih utama. Aktiviti berjalan dengan baik.Mengajar
murid tahun 3 melakukan servis dengan bola tampar yang sebenar boleh mengundang
bahaya jika bola terkena bahagian muka mereka. Mujurlah pada hari itu tiada
sebarang insiden yang berlaku akibat murid bergurau dengan rakan.
Pada gerakerja kumpulan
saya menaikkan sedikit aras kesukaran aktiviti melakukan servis itu dengan
menyuruh mereka melakukan servis melalui gelung rotan. Saya membahagikan murid-murid saya kepada 3
kumpulan. Mereka perlu melakukan servis secara individu. Ada murid yang mampu
membuat aktiviti ini dengan baik. Ada yang lemah. Oleh itu saya memberikan
sedikit masa kepada murid yang lemah supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran
mereka. Permainan bola tampar adalah satu permainan yang agak sukar. Oleh itu
saya memahami kesukaran mereka menguasai kemahiran melakukan servis ini dengan
baik. Apa yang penting ialah saya perlu memastikan mereka mampu melakukan
servis bola tampar walaupun mengambil
masa yang lebih berbanding rakan-rakan yang lain. Saya mengambil pendekatan
untuk sentiasa mendorong mereka agar terus melakukan aktiviti ini tanpa
sedikitpun menyinggung perasaan mereka. Saya ingin mereka sentiasa seronok
dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mujurlah masa yang saya peruntukan
itu cukup untuk langkah ini.
Pada masa kemuncak saya
mengaturkan satu pertandingan antara dua kumpulan. Oleh kerana saya memikirkan
permainan bola tampar adalah satu perkara yang baru kepada murid-murid saya,
maka aktiviti pertandingan ini saya rancang dengan teliti agar dapat menarik
minat anak murid saya gemar bermain bola tampar. Saya menambah sedikit
peraturan agar suasana pertandingan itu akan menonjol di kalangan murid saya. Saya
meletakkan tiga sasaran yang boleh dicapai oleh murid ketika melakukan servis.
Setiap sasaran akan membawa markah kepada kumpulan.Setiap murid menunjukkan
keseronokan dan ingin menghantar bola ke arah sasaran yang mempunyai markah
yang tertinggi tetapi saya sepatutnya menyediakan hadiah untuk menambahkan lagi
keseronokan mereka.
Aktiviti penutup saya
bertanya kepada murid tentang kefahaman tentang aktiviti pembelajaran pada hari
itu. 22 orang murid daripada 22 orang murid menjawab dengan betul. Saya
bersyukur kerana pengajaran saya mencapai objektif pada hari itu. Cuma saya
sepatutnya memberikan lembaran kerja agar kemampuan kefahaman individu dapat
saya kesan. Aktiviti menyejukkan badan juga menarik perhatian murid-murid saya.
Mereka melakukannya dengan riang.saya menerangkan kenapa mereka perlu melakukan
aktivit menyejukkan badan. Ini satu kepuasan kepada saya apabila murid-murid
saya mendengar arahan dan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran mereka.
Semoga apa yang telah
saya lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu dapat meningkatkan
lagi kemahiran saya mengajar.
Isnin, 17 November 2014
Papan Cerita / story board utk EDU
Kalau ada sesapa yang pening kepala nak buat story board untuk pembikinan klip video. Ini ada satu contoh story board. boleh lah guna untuk rujukan.
PAPAN
CERITA / STORY BOARD
TAJUK : AMALKAN
PIRAMID MAKANAN DALAM HIDANGAN ANDA
MASA : 5.13 MINIT.
MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN
KESIHATAN TAHUN 2
|
BIL/MASA
|
VIDEO/GAMBAR
|
AUDIO
|
CATATAN
|
|
Slaid
1
Masa
00.00.14.0
|
Video bendera Jalur
Gemilang berkibar. Slaid ucapan.
|
Bunyi lori bergerak dan
lagu.
|
Lagu :“Makan” nyanyian
Jalil Hamid
|
|
Slaid
2
Masa
00.00.07.0
|
Gambar :
Piramid makanan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan: “Ingat ya”
|
|
Slaid
3
Masa
00.00.05.0
|
Gambar :
Doa sebelum makan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan : “Jangan lupa
baca doa”
|
|
Slaid
4
Masa
00.00.07.0
|
Gambar :
Membasuh tangan di sinki
sebelum makan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan : “Basuh tangan
sebelum makan”
|
|
Slaid
5
Masa
00.01.18.0
|
Video :
Murid-murid sedang makan
di kantin
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan: “Barulah boleh
makan” dan “Ermm sedapnya”
|
|
Slaid
6
Masa
00.00.03.0
|
Gambar:
Set hidangan makan tengah
hari
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Apa menu kita hari ini?”
|
|
Slaid
7
Masa
00.00.05.0
|
Gambar:
Set hidangan makan tengah
hari
|
Lagu
|
Lagu : “Makan “
Tulisan
“Apakah mengikut piramid
makanan?”
|
|
Slaid
8
Masa
00.00.05.0
|
Gambar :
Set hidangan makan tengah
hari
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Jangan makan mengikut
nafsu”
|
|
Slaid
9
Masa
00.00.07.0
|
Gambar :
Set hidangan makan tengah
hari
|
Lagu
|
Lagu : “ Makan”
Tulisan :“Kurangkan
pengambilan makanan yang berlemak”
|
|
Slaid
10
Masa
:
00.00.06
|
Video :
Sekumpulan guru sedang
menjamu selera sambil berbual-bual kosong
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Seronoknya makan sambil
berbual”
|
|
Slaid
11
Masa
:
00.02.29.00
|
Video :
Murid-murid sedang
menjamu selera di kantin
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Ataupun makan sambil
mendengar cerita atuk”
“Makan bersama
rakan-rakan lagi seronok”
|
|
Slaid
12
Masa
:
00.00.06.0
|
Gambar :
Seorang murid lelaki yang
menunjukkan memek muka yang mencebik.
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Eh, kenapa ni? Makanan
tak sedap ke?”
|
|
Slaid
13
Masa
:
00.00.04.0
|
Gambar :
Dua orang murid perempuan
sedang makan
|
Lagu
|
Lagu : ”Makan”
Tulisan :
“Jagalah adab ketika
makan seperti kawan kita ni”
|
|
Slaid
14
Masa
:
00.00.06.0
|
Gambar :
Susu sekolah
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Minumlah susu selalu.
Piramid makanan pun menggalakkan kita minum susu. Susu penting untuk tulang
kita.”
|
|
Slaid
15
Masa
:
00.00.07.0
|
Gambar :
Seorang budak lelaki
sedang membasuh tangan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
Lepas makan jangan lupa
cuci tangan.
|
|
Slaid
16
Masa
:
00.00.03.0
|
Video :
Upin Ipin
|
Suara Ipin :
Betul! Betul! Betul!
|
|
|
Slaid
17
Masa
00.00.08.0
|
Gambar :
Seorang budak lelaki
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Apa kau cakap Ipin?”
|
|
Slaid 18
Masa :
00.00.03.0
|
Video :
Upin Ipin
|
Suara Ipin :
Betul! Betul! Betul!
|
|
|
Slaid 19
Masa :
00.00.08.0
|
Gambar :
Doa selepas makan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Iyelah tu...lepas makan
jangan lupa baca doa.”
|
|
Slaid 20
00.00.07.0
|
Gambar :
Piramid makanan
|
Lagu
|
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Amalkanlah piramid
makanan.”
“Sekian Terima Kasih.”
|
Rabu, 12 November 2014
Pengajaran mikro di SKPK Seremban
11/11/14 kami unit PJ 1 dan 2 PPG KOHORT 2 IPGKRM telah mengadakan lawatan ke SKPK Seremban untuk memenuhi tuntutan kerja kursus PJ Suaian. Kami tiba di sana pada pukul 9.00 pagi dan disambut mesra oleh warga kerja SKPK. Kami kemudiannya diberikan taklimat yang lengkap oleh GPK 1 bersama GPK HEM dan Pengerusi Panitia PJK SKPK Seremban tentang perjalanan PJ dan Sukan di SKPK Seremban.
Taklimat dari GPK 1 SKPK Seremban
Selesai sessi taklimat kami bergerak ke asrama SKPK Seremban kerana sessi pengajaran mikro akan diadakan di sana. Ini memudahkan para pelajar SKPK Seremban untuk menukar baju sukan mereka. setelah menikmati hidangan nasi lemak dan teh o yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. sessi pengajaran mikro pun bermula.
kita makan dulu.
Sebelum sessi pdp dijalankan, murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Selesai sessi penerangan itu. PDP pun dimulakan dengan PJ suaian untuk murid-murid cacat penglihatan kemudian diikuti pula untuk murid-murid cacat pendengaran.
taklimat oleh KU.... steady la.
PJ suaian murid cacat penglihatan
antara aksi menarik murid cacat pendengaran
Sememangnya mengajar murid-murid OKU ini memang sukar. Walaupun begitu pengalaman sehari bersama mereka sangat indah. Walaupun deria mereka tidak sesempurna seperti kita yang normal ini. ini, Namun mereka punya keinginan untuk melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal seusia mereka. Sejujurnya agak sukar dan kekok untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya yang cacat pendengaran namun ada sesuatu yang saya perolehi di sini. Mereka mampu menerima kejengkelan kita terhadap mereka dan menunjukkan rasa kasih dan ramah dengan kita. Tapi bagaimana pula dengan kita. Sudah bersediakah kita menerima mereka di sisi kita? tepuk dada tanya iman....
baru kenal....tapi dah mesra...
bergambar kenangan sebelum balik...hu..hu..hu..
Taklimat dari GPK 1 SKPK Seremban
Selesai sessi taklimat kami bergerak ke asrama SKPK Seremban kerana sessi pengajaran mikro akan diadakan di sana. Ini memudahkan para pelajar SKPK Seremban untuk menukar baju sukan mereka. setelah menikmati hidangan nasi lemak dan teh o yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. sessi pengajaran mikro pun bermula.
kita makan dulu.
Sebelum sessi pdp dijalankan, murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Selesai sessi penerangan itu. PDP pun dimulakan dengan PJ suaian untuk murid-murid cacat penglihatan kemudian diikuti pula untuk murid-murid cacat pendengaran.
taklimat oleh KU.... steady la.
PJ suaian murid cacat penglihatan
antara aksi menarik murid cacat pendengaran
Sememangnya mengajar murid-murid OKU ini memang sukar. Walaupun begitu pengalaman sehari bersama mereka sangat indah. Walaupun deria mereka tidak sesempurna seperti kita yang normal ini. ini, Namun mereka punya keinginan untuk melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal seusia mereka. Sejujurnya agak sukar dan kekok untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya yang cacat pendengaran namun ada sesuatu yang saya perolehi di sini. Mereka mampu menerima kejengkelan kita terhadap mereka dan menunjukkan rasa kasih dan ramah dengan kita. Tapi bagaimana pula dengan kita. Sudah bersediakah kita menerima mereka di sisi kita? tepuk dada tanya iman....
baru kenal....tapi dah mesra...
bergambar kenangan sebelum balik...hu..hu..hu..
Langgan:
Catatan (Atom)