1.0
Pengenalan.
Renang menurut Kamus Pelajar ialah menggerakkan badan ketika
menyelam atau ketika mengapung di air dengan menggunakan tangan, kaki atau
ridip. Renang juga adalah perbuatan menggerakkan badan dalam air dengan
menggunakan kaki, tangan dan sebagainya.
Wikipedia
pula memberikan penerangan bahawa renang ialah menghuraikan bagaimana haiwan
dan manusia menggerakkan diri di dalam air tanpa bantuan buatan.
Renang atau berenang
adalah satu aktiviti yang dilakukan ketika kita berada di air. Aktiviti
renang pada sesetengah individu adalah sangat menyeronokkan manakala individu
yang tidak pandai berenang akan menganggap aktiviti renang ini adalah
berbahaya. Sepatutnya setiap individu harus mempelajari teknik berenang kerana
ianya adalah aktiviti yang sangat bermanfaat kepada manusia.
Kita semestinya sudah menyedari bahawa satu pertiga
permukaan bumi ini diliputi oleh air. Oleh itu adalah sangat merugikan dan
berbahaya kepada individu yang tidak mahu belajar berenang. Jika kita pandai
berenang kita boleh mencuba pelbagai aktiviti sukan air seperti selam skuba,
sukan polo air, terjun papan anjal, berkeno, berperahu bermain ski dan
sebagainya tanpa rasa gentar. Malah kemahiran berenang itu sendiri memberikan
keyakinan kepada kita untuk melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu setiap orang
perlu mempelajari teknik berenang yang betul. Ini kerana renang membuat tubuh badan kita menjadi sihat. Ini adalah akibat aktiviti renang yang
melibatkan pergerakan hampir semua otot.
Seperti yang kita
tahu,tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada air dan
oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70%
daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara,
ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di
sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh
itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan
pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang
bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan
dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang kaki
untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak
sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air lautan)
adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar seperti di kolam renang , maka
tidaklah terlalu sukar untuk kita untuk
mengapung diri di dalam air masin berbanding dengan air tawar.
Berenang juga adalah aktiviti yang tidak memerlukan kos
yang tinggi untuk melakukannya. Kita hanya perlu ada pakaian renang, topi
renang dan gogal (pelindung mata). Jika peralatan yang sedikit itu mampu kita
sediakan, kita sudah boleh memulakan aktiviti renang di kolam-kolam renang yang
berhampiran dengan tempat tinggal kita. Kolam-kolam renang juga sebanyak banyak
dibina. Lazimnya taman-taman perumahan ada menyediakan kemudahan kolam renang
di dalam komuniti mereka. Kebelakangan ini juga ada sekolah-sekolah di Malaysia
terutamanya sekolah-sekolah sukan mempunyai kolam renang di sekolah mereka. Ini
menunjukkan renang adalah satu kegiatan yang baik untuk kesihatan kita.
Sememangnya aktiviti renang menyihatkan tubuh badan kita.
Berenang boleh meningkatkan kecergasan badan kita. Aktiviti renang boleh meningkatkan daya tahan
otot. Otot yang baik mampu melakukan sesuatu aktiviti berulang tanpa rasa penat
dan sakit. Ini juga menunjukkan otot kita semakin kuat akibat daripada aktiviti
renang itu. Ketika berenang gerakan otot yang dinamis bekerja terus-menerus
akan membuat serabut otot bertambah banyak dan bertambah kuat. Ini akan
membuatkan otot-otot badan kita akan lebih kelihatan berisi atau padat. Kita akan berasa selesa dan tidak mudah merasa
lesu dan letih. Berenang juga
meningkatkan kekuatan dan ketahanan system daya kardiovaskular kita. Jantung
kita akan berdegup dengan stabil kerana kita melakukan aktiviti renang yang
juga adalah aktiviti bersenam.
Renang juga meningkatkan kapasiti udara didalam
paru-paru kita renang melatih paru-paru
kita bekerja lebih kuat untuk menyedut lebih banyak oksigen. Paru-paru yang dipenuhi dengan oksigen maka
proses pembakaran dalam tubuh menjadi lancar sehingga tenaga yang diperlukan
dapat dipenuhi. Senaman yang dilakukan selama 30 minit dan sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu akan mengekalkan kecergasan tubuh badan kita. Kecergasan
tubuh badan kita adalah penting untuk menjamin kesihatan yang unggul dan
mengelakkan daripada serangan penyakit hipokinetik iaitu penyakit akibat kurang
bergerak.
Apa yang menariknya lagi tentang aktiviti renang ini ialah
ianya boleh dilakukan oleh sesiapa saja tidak kira golongan bayi, kanak-kanak,
remaja mahupun golongan dewasa atau tua. Golongan orang kurang upaya juga boleh
melakukan aktiviti renang ini. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi sakit
saraf atau semput dan juga pesakit yang baru sembuh daripada kecederaan patah
tulang.
2.0. Sejarah
renang dunia.
Renang
dipercayai telah dilakukan oleh manusia sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan-lukisan
yang ditemui di dinding dalam “gua perenang” telah menjadi bukti tentang aktiviti
renang pada zaman itu. Gua ini terletak
dekat ‘Wadi Sora’ di bahagian Barat Daya Mesir. Gambar-gambar ini menunjukkan
gaya dada dan gaya anjing mengayuh. Catatan tertua tentang berenang juga telah
tertulis sejak dari 2000 SM. Antaranya ialah Epos Gilgamesh, lliad, Odyssey dan
Alkitab (Kitab Yehezkiel 47:5, Kisah para Rasul 27:42, Kitab Yesaya 25:11)
serta Beowulf dan hikayat-hikayat yang lain.
Kolam-kolam renang untuk aktiviti
renang mula dibina seperti di Istana
Indian Mohanjan Daro yang memiliki kolam renang berukuran 30m X 60 m. Istana
Minoan Minos of Kroos di Kreta juga dilengkapi bak mandi. Oleh itu bolehlah
dikatakan golongan-golongan bangsawan pada zaman itu amat menitikberatkan
tentang aktiviti renang ini.
Pada tahun 1538, Nicolas Weyman
telah menulis buku berjudul “ Colymbetes”. Ini merupakan buku pertama yang
menulis tentang aktiviti renang di dunia.
Weyman yang juga seorang professor bahasa di Jerman menulis buku ini
bukanlah untuk tujuan bersukan. Buku ini lebih kepada keselamatan ketika berada
di air. Beliau juga memberikan cadangan kepada orang ramai tentang penggunaan
alat bantu renang seperti kantung berisi udara, ikatan buluh dan sabuk
pelampung. Beliau juga mengajarkan kepada pembaca bukunya teknik renangan gaya
dada. Renang
pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun1800, kebanyakannya menggunakan gaya dada.. Gaya
rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen, diperkenalkan pada
tahun 1873 oleh John Arthur Trudgen
selepas menirunya daripada orang-orang Asli Amerika.
Pada tahun
1896, Sukan Olimpik telah dianjurkan di Athens. Acara renang telah
dipertandingkan. Hanya peserta lelaki sahaja dibenarkan mengambil bahagian.
Antara acara yang dipertandingkan ialah 100m, 500m dan 1200m gaya bebas. Pada
tahun 1900, gaya kuak lentang telah dimasukkan ke dalam sukan Olimpik. Pada
tahun 1902 gaya trudgen diperbaiki oleh Richard Cavill menggunakan tendang
keribas. Sejarah renang semakin berkembang dengan pesatnya. Pada tahun 1908,
asosiasi renang sedunia telah ditubuhkan dengan menggunakan nama Federasi
Renang Amatur International (FINA / Federation International de Nasation de
Amateur). Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu pilihan
kepada gaya dada telah diterima sebagai gaya yang tersendiri pada tahun 1952.
Kini
keempat-empat gaya yang dipertandingkan di sukan Olimpik ialah gaya kuak
kupu-kupu, gaya kuak lentang, gaya kuak dada dan gaya bebeas. Gaya-gaya ini
dipertandingkan dalam kategori individu dan berkumpulan.
3.0
Sejarah renang di Malaysia.
Perkembangan sukan renang turut dirasai di
Malaysia. Penduduk di Tanah
Melayu turut menunjukkan minat terhadap aktiviti
renang. Persatuan renang yang terawal
ditubuhkan di Malaysia ialah Penang Swimming Club pada tahun 1908. Selepas itu
muncullah kelab-kelab renang seperti ;
i.
Penang Chinese Swimming Club 1928.
ii.
European Swimming Club 1930an di Ipoh, Taiping
dan Kuala Lumpur.
iii.
Kinta Swimming Club, Ipoh 1936.
Kejohanan sukan renang telah diadakan
pada tahun 1931 oleh The Malayan Chinese Olympiad. Kejohanan ini berlangsung
setiap tahun hingga tahun 1937. Kejohanan disertai oleh kelab-kelab renang dari
Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
The Malayan Amateur Swimming
Union telah ditubuhkan pada tahun 1955. Pertandingan yang pada mulanya antara
kelab-kelab renang telah bertukar kepada pertandingan renang antara
negeri-negeri.
Pada tahun 1956, Malaya buat
kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia. Malaya menyertai
dalam lima jenis acara sukan iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan
hoki. Untuk sukan renang hanya dua perenang lelaki dihantar. Mereka ialah Fong
Seow Hor dan Lim Heng Chek
Kini persatuan renang di Malaysia
telah dikenali sebagai Amateur Swimming Union Malaysia (ASUM) yang berpejabat di Pusat Akuatik
Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ASUM adalah ahli gabungan dengan badan renang
dunia iaitu Federation Internationale de Nation Amateur (FINA).
Sejak tahun 1956 lagi, Malaysia telah
menyertai pertandingan renang antarabangsa termasuklah Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP / SEA dan Kejohanan renang peringkat
dunia dan Asia yang lain.
Dalam sukan SEA XV di Kuala Lumpur, pada tahun 1989, Nurul Huda
Abdullah, perenang Malaysia memungut lapan pingat emas dan mencipta rekod
renang Sukan SEA untuk acara 200 meter gaya bebas (2:05.75), acara 400 meter
gaya bebas (4:21.98) acara 200 meter medley individu (2:22.74) dan acara 400
meter medley individu (4:59.61). Nurul Huda juga dihadiahkan “The Coca-cola
Outstanding Female Athlete of the 15th SEA games.
Seorang lagi perenang kita yang cemerlang ialah Jeffrey Ong yang
dikenali sebagai “King of Malaysia pools” memungut dua pingat emas untuk acara
400 meter dan 1,500 meter gaya bebas (lelaki) dalam empat Sukan SEA
berturut-turut iaitu pada 1987 di Jakarta, 1989 di Kuala Lumpur, 1991 di Manila
dan 1993 di Singapura. Dia memungut dua pingat perak untuk acara-acara yang
sama di Kejohanan Renang Asia pada 1988 di Beijing dan Sukan Asia, 1990 di
Beijing juga. Di World Student Games, Sheffield, 1991 dia memungut satu pingat
perak untuk acara 1,500 neter gaya bebas. Dia juga mewakili Malaysia di Sukan
Olimpik pada tahun 1988 di seoul dan 1992 di Barcelona. Dia telah bersara
daripada pertandingan. Seorang pemegang biasiswa Kementerian Sukan, Jeffrey
telah menerima Sarjana Muda Penyiaran Bachelor of Broadcasting) dari University
of Southern
4.0
Gaya Renang
Ada
empat gaya renang yang dipertandingkan sehingga ke peringkat sukan Olimpik iaitu
gaya kuak dada, gaya kuak kupu-kupu, gaya kuak lentang dan gaya bebas.
4.1
Gaya kuak dada.
Gaya
kuak dada ialah gaya berenang yang paling popular untuk renang rekreasi. Gaya
ini juga dikenali dengan nama gaya katak. Gaya ini memerlukan tubuh stabil dan
kepala boleh berada di luar atau di dalam air
untuk suatu tempoh yang lama.
Kedua-dua
belah kaki perlu ditendang keluar sementara kedua-dua belah tangan diluruskan
ke hadapan. Kemudian kedua-dua beelah tangan dibuka ke arah sisi badan seperti
gerakan membelah air supaya badan maju ke hadapan. Gerakan ini seolah-olah
meniru gaya seekor katak yang sedang berenang.
Perenang melakukan pernafasan ketika mulut berada di permukaan air. Ini
di selang seli dengan satu kali gerakan tangan
kaki atau dua kali gerakan tangan kaki.
Bagi
individu yang baru mengikuti kelas renang mereka akan diajar untuk berenang
gaya kuak dada ataupun gaya bebas. Renang gaya kuak dada ini adalah renang yang
paling lambat sekali mengikut aturan yang dikeluarkan olah Federasi Renang
Internasional.
4.2
Gaya Kuak Lentang
Gaya kuak lentang ialah perenang
melakukan renangan dengan cara menelentang di atas permukaan air. Wajah perenang menghadapa ke atas dan ini
memudahkan perenang bernafas. Namun perenang hanya boleh memandang ke atas dan
tidak boleh memandang ke hadapan. Ketika berlumba perenang mengetahui jarak
dinding dengan mengira jumlah gerakan kayuhan renang mereka.
Dalam gaya kuak lentang, gerakan
tangan dan kaki serupa dengan gaya bebas. Kedua – dua belah tangan secara
bergilir digerakkan menuju ke pinggang seperti pergerakan mengayuh. Di dalam
pertandingan, permulaan acara gaya kuak lentang adalah berbeza dengan gaya
bebas, kuak dada dan gaya kupu – kupu yang semuanya bermula di atas blok
permulaan. Gaya kuak lentang, perenang peril bermula di dalam kolam. Perenang akan menghadap dinding dengan
kedua-dua
belah tangan memegang besi pemegang di sisi kolam. Kedua –
dua lutur dibengkokkan ke dada dan tapak kaki bertumpu di dinding kolam. Apabila siren dibunyikan perenang akan
menolak dinding dengan dan badan akan
mula membelah air kolam.
Gaya kuak
lentang adalah gaya renangan yang sudah dikenali sejaak zaman kuno lagi. Ianya
pertama kali dipertandingkan pada tahun 1900 di Olimpiade Paris. Oleh itu ianya
merupakan gaya renang kedua tertua selepas gaya bebas.
4.3
Gaya Kupu – kupu
Gaya
kupu – kupu atau gaya ikan lumba-lumba adalah satu gaya berenang dengan posisi
dada menghadap ke permukaan air. Kedua belah lengan secara bersamaan ditekan ke
bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayunkan ke depan. Kaki pula
digerakkan dengan cara menendang ke atas dan ke bawah bersama-sama. Udara
dihembuskan kuat-kuat dari mulut dan hidung sebelum kepala muncul dipermukaan
air. Udara dihirup ketika berada di luar air.
Gaya
kupu-kupu dicipta pada tahun 1933 dan
merupakan gaya renang yang paling baru. Perenang yang ingin mencuba gaya
ini perlu mempelajari gaya renang ini dengan lebih lama berbanding dengan gaya
renang yang lain. Ini kerana gaya renang ini memerlukan waktu yang lebih lama
untuk koordinasi gerakan tangan dan kaki.
Gaya
renang kupu-kupu ini juga memaksa perenang menggunakan tenaga yang lebih
banyak. Kelajuan gaya renang ini diperolehi daripada ayunan kedua belah tangan
secara sama. Perenang yang berenang dengan menggunakan gaya renang kupu-kupu
ini boleh mengatasi kepantasan perenang yang berenang dengan gaya bebas.
4.4
Gaya bebas
Gaya
bebas adalah berenang dengan posisi dada menghadap ke permukaan air. Kedua
belah lengan secara bergantian digerakkan jauh ke depan dengan gerakan
mengayuh, sementara kedua belah kaki secara bergantian digerakkan naik
turun ke atas dan ke bawah. Sewaktu berenang gaya bebas, posisi wajah menghadap
ke permukaan air. Pernafasan dilakukan semasa lengan digerakkan keluar dari
air, semasa tubuh mengiring dan kepala berpaling ke sisi. Semasa mengambil
nafas, perenang boleh memilih untuk menoleh ke kiri atau ke kanan
4.4.1. Bagaimana
berenang gaya bebas dengan cara yang betul:
4.4.1.1 Kaki
terus bergerak (tidak boleh berhenti), walau ketika sedang mengambil nafas
4.4.1.2
Tangan kanan dan kiri bergerak terus secara
bergantian (tanpa
henti).
4.4.1.3 Posisi
telapak tangan agak menghadap ke luar ketika akan menyentuh permukaan air.
Jadiseolah-olah hujung ibu jari tangan yang menyentuh permukaan air terlebih dahulu.
4.4.1.4
Ketika kepala menoleh ke kanan (atau ke kiri)
untuk mengambil nafas, kemudian dengan pantas gerakkan kembali kepala ke
dalam air. Jangan menunggu gerakan tangan kanan (tangankiri) selesai.
4.4.1.5
Agar
gaya bebas ini menjadi lebih cepat dan gerakannya lebih stabil, pengambilan
nafasdilakukan setelah 2 - 3 set gerakan tangan. Jadi jangan sesekali gerakan
tangan sambilmengambil nafas.
5.0 Kemudahan dan peralatan renang.
Sebelum seseorang itu
ingin menyertai aktiviti renang, dia perlulah memiliki alatan renang yang
sesuai untuknya. Alatan renang ini akan memudahkan dirinya dan membuatkan
dirinya selesa ketika beerenang nanti. Kolam renang yang dipiih untuk melakukan
aktiviti renang juga mestilah kita ketahui tahap kualiti yang perlu dipenuhi
oleh pengusaha kolam renang itu. Ini penting supaya kita tidak mendapat
sebarang jangkitan dan kecederaan ketika berenang di kolam itu. Berikut adalah
alatan yang perlu ada pada seorang perenang.
5.1 Gogal
atau kaca mata renang.
Gogal
Gogal atau kaca mata renang amatlah penting ketika
berenang di dalam kolam mahupun lautan. Jika di dalam kolam kaca mata renang ini dapat melindungi mata
kita dari keperihan akibat kemasukan bahan klorin ke dalam mata. Kaca mata renang juga dapat
mencegah mata kita daripada kecederaan iritasi mata.
Selain memberikan penglihatan yang jelas di dalam air,
penggunaan gogal juga penting untuk melindungi mata daripada air kolam yang
tidak diketahui tahap kebersihannya.
Gogal yang baik diperbuat daripada poli-karbonat. Ia tidak boleh pecah
melalui kemalangan biasa. Manakala gogal tidak berkualiti boleh mendatangkan
kecederaan apabila ia pecah. Cukup bahaya untuk kegunaan kanak-kanak yang
sentiasa berkejaran.
Untuk
kegunaan kanak-kanak, gogal dengan soket mata berkusyen lembut dan tebal dapat
mengelakkan kesakitan mata akibat pemakaian gogal yang ketat. Untuk
memaksimumkan fungsi, elakkan mencelup gogal ke dalam air kolam sebelum atau
selepas berenang kerana air kolam boleh menjadikannya lebih kotor dan masalah
berkabus.
5.2 Kicking
board.
Kicking Board
Kicking board adalah satu alatan renang untuk membantu
kanak-kanak yang baru belajar renang. Orang dewasa yang baru menceburi sukan
renang juga digalakkan menggunakan kicking board. Alatan ini memudahkan kita
untuk memahirkan gerakan kaki ketika melakukan aktiviti renang terutamanya gaya kuak dada.
5.3 Baju Renang
Pakaian
renang direka bukan hanya untuk dipakai semasa pertandingan. Ia memberi banyak
kelebihan yang diperlukan semasa berada di dalam air dengan meningkatkan daya
apungan, lebih fleksibel, kurang menyerap peluh dan lebih ringan.
Baju dan seluar renang yang baik diperbuat daripada lycra iaitu sejenis gentian
spandeks yang menggantikan penggunaan nilon pada pakaian renang terdahulu. Lycra
adalah bahan yang ringan dan mengurangkan geseran semasa berada di dalam air,
sekali gus meningkatkan kepantasan berenang. Untuk kanak-kanak yang
menghabiskan lebih banyak masa di kolam, pakaian yang menutupi seluruh anggota
badan adalah perlindungan terbaik.
Selain menutup kulit daripada panas
terik, satu lagi perlindungan penting semasa mereka berendam adalah pakaian yang
tebal. Baju dan seluar daripada neoprene iaitu getah sintetik dengan ketebalan
1.5 milimeter adalah pilihan yang ideal. Ketebalan dapat menambah daya apungan
yang membantu kanak-kanak selesa di dalam air.
5.4 Topi Renang
Topi Renang
Selain baju dan
seluar renang, pemakaian topi renang juga antara alat yang semakin kerap
dikuatkuasakan. Di kalangan mereka yang aktif berenang, pemakaian topi renang
adalah satu kemestian.
Topi renang dapat melindungi rambut daripada air klorin yang
menyebabkan rambut kesat dan kekuningan. Selain itu, ia juga mengelakkan minyak
pada rambut mencemari air kolam.
Antara perlindungan lain yang
mungkin diperlukan untuk mereka yang kerap menghabiskan masa di kolam renang
atau di pantai termasuk juga krim penghalang sinaran matahari (sun block) yang
melembapkan kulit dan melindungi daripada pancaran ultraungu.
5.5 Kolam Renang
Kolam
renang.
Kolam
renang menurut Freedman (1977) ialahsebarang bentuk binaan sama ada besen atau
tangki air yang digunakan untuk berenang,
terjun, renang rekreasi dan mempunyai kedalaman air sedalam dua kaki atau
lebih.
Kolam renang
perlu diselenggara dengan baik. Apabila menyebut tentang penyelenggaraan, tiga
perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha kolam renang atau
individu yang mempunyai kolam renang iaitu recirculation (system pusingan
semula air), filtratrotion (penapisan) dan water chemistry (bahan kimia).
Kolam
renang yang yang tidak diuruskan akan
menyebabkan kecederaan, jangkitan kuman dan masalah kesihatan kepada
perenang-perenang yang menggunakan kolam renang tersebut.
Oleh
itu sebagai pengguna, kita perlulah memilih kolam renang yang diuruskan dengan
baik.
6.0
Organisasi dan Aktiviti Persatuan
Renang.
Di negara kita sudah banyak
kelab atau persatuan renang yang ditubuhkan.
Kelab-kelab ini ditubuhkan dengan tujuan memberikan pendedahan kepada
masyarakat tentang kebaikan berenang.
Kelab-kelab renang ini jug memudahkan orang ramai belajar bagaimana
hendak berenang. Ramai ibu bapa kini
menghantar anak mereka ke kelab-kelab untuk berlatih berenang. Anak-anak yang
belajar berenang pada usia yang muda pasti akan menjadi seorang perenang yang
hebat suatu hari nanti. Mungkin mereka akan menjadi pelapis kepada ahli sukan
renang negara kita.
6.1
Carta Organisasi Dolphin Swimming
Academy
Salah satu kelab renang yang terdapat di Negeri Sembilan
ialah Dolphin Swimming Academy yang
berpusat di Seremban 2. Berikut ialah carta organisasi Dolphin Swimming Academy :
Pengurus / Ketua Jurulatih/ Master Coach : Ab.
Aziz Bin A. Rahman PJK
Penolong Pengurus : Puan Katijah bte Musa.
Eksekutif Akaun : Nur Izzah Sakinah
Jurulatih Senior : Ab Azim Farhan
Mohd
Pazin bin Hashim
Fauzy
Alias
Trainers : Shahrizal Musa bin Saiful
6.2 Aktiviti
persatuan renang Dolphin Swimming Academy
Aktiviti utama kelab ini ialah memberi latihan kepada
ahli-ahlinya tentang aktiviti renang. Terdapat kelas-kelas renang yang boleh
diikuti untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Kelas renang untuk golongan dewasa juga turut
disediakan. Manakala jurulatih yang memberikan tunjuk ajar terdiri daripada
mereka yang bertauliah dan berpengalaman.
Objektif kelas-kelas renang diadakan adalah untuk melatih
kemahiran ikhtiar hidup pelajar ketika berada di dalam air. Mencegah kejadian
kelemasan dan membolehkan pelajar bergerak menjauhkan diri dari bahaya berada
di dalam air.
Membina keyakinan pelajar
untuk terus mengikuti pembangunan dan kemahiran akuatik. Lampiran disertakan
untuk rujukan tambahan.
7.0
Etika, peraturan asas kolam dan keselamatan kelas.
Apabila kita mengunjungi sesebuah
kolam renang, kita mestilah mematuhi etika dan peraturan yang terdapat di kolam
renang itu. Ini penting untuk menjamin keselamatan dan keselesaan diri kita dan
pengunjung yang lain.
7.1
Etika dan peraturan asas kolam.
Di antara kawasan berair seperti laut, sungai,
tasik dan sebagainya, kolam renang boleh diklasifikasikan sebagai kawasan air
yang paling selamat. Namun, ia bukanlah tanpa bahaya. Sama penting bagi kita
untuk memerhatikan dan mengawai keadaan sekeliling dan persekitaran kolam
tersebut.
Antara potensi bahaya di kolam termasuklah:
7.1.2 Kedalaman air -
Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan cetek dan dalam. Malah, ada juga kolam renang yang tidak dituliskan dengan jelas kedalaman dalam tersebut.
7.1.3 Lantai yang licin -
Sesetengah kolam renang, terutama yang telah lama dibina menggunakan jubin halus seperti mozek, yang mudah licin selepas terkena air.
7.1.4 Jubin yang pecah -
Dasar kolam dan bucu kolam sering mengalami masalah jubin/seramik yang pecah. Ini boleh menimbulkan kecederaan jika terpijak di tempat tersebut.
.
Antara potensi bahaya di kolam termasuklah:
7.1.2 Kedalaman air -
Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan cetek dan dalam. Malah, ada juga kolam renang yang tidak dituliskan dengan jelas kedalaman dalam tersebut.
7.1.3 Lantai yang licin -
Sesetengah kolam renang, terutama yang telah lama dibina menggunakan jubin halus seperti mozek, yang mudah licin selepas terkena air.
7.1.4 Jubin yang pecah -
Dasar kolam dan bucu kolam sering mengalami masalah jubin/seramik yang pecah. Ini boleh menimbulkan kecederaan jika terpijak di tempat tersebut.
.
7.2
Peraturan – peraturan di kolam renang.
7.2.1 Pekerja yang
berpenyakit tidak boleh bekerja di kolam renang. Pekerja –pekerja di sesebuah kolam
renang perlukan disahkan tahap . kesihatannya oleh pakar
perubatan yang bertauliah.
7.2.2
Pengunjung yang berpenyakit berjangkit
atau luka tidak boleh berada di kolam.
7.2.3
Pengunjung tidak dibenarkan membawa barangan
berbahaya seperti pisau, kaca, bahan kimia dan sebagainya ketika berada di
kolam renang.
7.2.4
Kemudahan untuk keselamatan dan kecemasan
seperti telefon, pelampung, kotak kecemasan (peralatan dressing, bandage dan antiseptik)
sepatutnya harus ada dan berfungsi dengan baik.
7.2.5
Setiap kolam renang harus ada papan tanda yang
jelas dan ditempatkan di tempat yang strategik. Papan tanda ini bertujuan
menerangkan tentang peraturan-peraturan serta larangan-larangan seperti berikut
:
7.2.5.1
dilarang menyelam.
7.2.5.2
Dilarang mengunyah Chewing Gum.
7.2.5.3
Dilarang membawa makanan dan minuman.
7.2.5.4
Tanda haluan perenang.
7.2.5.5
Tiada alkohol.
7.2.5.6
Jangan berlari di tepi kolam renang.
7.2.5.7
Rehat ketika penat.
7.2.6
Pengunjung digalakkan mandi sebelum turun ke
dalam kolam renang. Ini bertujuan agar pengunjung dalam
keadaan bersih ketika berada di dalam kolam
renang.
7.2.7
Penyelamat
ataupun lifeguard mesti sentiasa berada, memerhati dan bersedia menghadapi segala
kemungkinan semasa pengunjung menggunakan kolam renang. Penyelamat selalu duduk di atas kerusi setinggi sekurang- kurangnya satu meter
untuk memudahkan membuat pemantauan.
7.2.8 Alat
pelampung untuk aktiviti menyelamat perlu diikat dengan tali yang
panjangnya sekurang-kurangnya menyamai lebar kolam.
7.2.9
Kayu galah yang bukan diperbuat daripada jenis
konduktor seperti kayu untuk
aktiviti menyelamat perlu ada dengan panjang sekurang- kurangnya 3.6 meter.
7.2.10
Bagi
kolam jenis separuh awam khidmat penyelamat tidak semestinya ada tetapi alatan menyelamat perlu
disediakan.
7.3 Keselamatan kelas.
7.3.1. Perenang
mestilah melakukan aktivit memanaskan badan dan regangan sebelum turun berenang. Ini untuk
mengelakkan berlakunya kekejangan
otot semasa berenang.
7.3.2 Perenang
hendaklah mandi untuk membersihkan tubuh badan sebelum turun ke dalam kolam.
7.3.3 Gerak kaki
perlu dilatih terlebih dahulu sebelum mencuba gaya renang yang lain.
7.3.4. Berenang mengikut kemampuan diri. Jangan
memaksa diri untuk melakukan aktviti yang memerlukan
tahap kecergasan yang tinggi.
7.3.5 Perenang digalakkan memakai pakaian renang
yang berwarna berbanding dengan pakaian renang
yang berwarna putih. Ini kerana air kolam
dapat mengubah warna ptuih menjadi kekuning-kuningan.
7.3.6 Bagi yang baru menceburi aktiviti renang
digalakkan berjalan-jalan di dalam
kolam untuk menyesuaikan diri dengan air, kolam dan kedalaman kolam.
7.3.7 Jangan berenang ketika perut kosong kerana
berenang memerlukan tenaga
yang banyak. Perenang juga tidak boleh berenang ketika perut penuh atau terlalu kenyang
kerana badan akan menjadi lebih berat.
7.3.8. Jika telinga dimasuki air perlu dikeluarkan
dengan segera.
7.3.9. Pakaian renang hendaklah dijemur di tempat
yang teduh untuk menjamin
kualiti fabriknya.
7.3.10 Perenang perlu mengamalkan rehat yang cukup
supaya tidak keletihan ketika
berenang.
7.3.11 Walaupun kita mahir berenang kita jangan lupa
bahawa kita juga boleh lemas.
8.0 Refleksi
Pertama sekali sya mengucapkan
syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya saya berjaya menyiapkan tugasan
ini. Keduanya terima kasih kepada pensyarah Encik Jalil Bin Osman yang banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar ketika saya menyudahkan tugasan ini.
Terima kasih saya juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa sudi
memberi bantuan dari segi idea dan sumber maklumat.
Tugasan ini sedikit sebanyak telah
mendedahkan saya kepada dunia renang itu sendiri. Melalui sejarah renang yang
saya baca dan kaji, tahulah saya bahawa renang ini telah lama dipraktikkan oleh
manusia. Sejak dari zaman kuno lagi manusia telah pandai berenang. Ini terbukti dengan penemuan Gua Perenang di
Mesir. Mungkin manusia zaman dahulu lebih laju berenang daripada manusia zaman
moden sekarang.
Melalui tugasan ini juga saya
mengetahui bagaimana manusia berusaha menambahbaikkan gaya-gaya renang itu
sendiri. Manusia mula mengkaji bagaimanakah kita hendak berenang. Manusia juga
semakin menyedari bahawa berenang adalah satu kemahiran yang perlu dikuasai
oleh setiap individu supaya tidak mendapat kecelakaan ketika berada di dalam
air. Ini dapat saya temui dalam buku yang ditulis oleh seorang Jermanyang
bernama Nicolas Weyman pada tahun 1563.
Beliau menulis di dalam bukunya yang berjudul “Colymbetes” yang mana buku ini
mengajar manusia tentang keselamatan ketika di dalam air.
Manusia mula memikirkan bahawa
renang adalah salah satu sukan yang bagus untuk manusia. Oleh itu renang mula
dipertandingkan di peringkat Olimpik. Gaya-gaya renang yang dipertandingkan
juga diperbaiki dan manusia mula berlatih untuk meningkatkan kelajuan mereka
ketika berenang. Gaya renang yang dipertandingkan ialah gaya bebas, gaya kuak
lentang, gaya kuak dada dan gaya kupu-kupu. Pertandingan renang lazimnya
menjadi acara tumpuan ketika kejohanan utama di dunia seperti Sukan Olimpik,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan sebagainya.
Melalui tugasan ini juga saya
mengetahui bahawa renang juga telah wujud di Negara kita sejak zaman era
penjajahan lagi. Banyak persatuan-persatuan renang telah diwujudkan untuk
melatih dan melahirkan atlit-atlit renang yang berbakat di Negara kita.
Kemuncak aktiviti renang di Negara kita ialah dengan wujudnya ASUM ataupun Amateur Swimming Union Malaysia. Maalaysia
mula mengukir nama sebagai antara Negara yang mempunyai ahli renang yang
berbakat besar seperti Nurul Huda Abdullah,
Jeffrey Ong, Daniel Beego, Pandalela dan sebagainya.
Hasil kajian saya juga, saya
mendapati banyak kelab-kelab dan persatuan-persatuan telah diwujudkan di negara
kita. Kelab-kelab ini ditubuhkan dengan tujuan mengajak lebih ramai rakyat
Malaysia menceburi dunia renang. Ini kerana renang bukanlah bertujuan untuk
pertandingan sahaja, bahkan renang boleh kita lakukan untuk meningkatkan
stamina tubuh badan kita. Ini kerana renang adalah salah satu senaman yang
terbaik untuuk tubuh badan kita. Selain itu kita perlu belajar renang untuk
keselamatan diri kita sendiri dan orang lain juga. Kelab-kelab ini menyediakan
jurulatih-jurulatih yang bertauliah untuk mengajar ahli-ahlinya berenang.
Kelab-kelab ini juga aktif menganjurkan kursus-kursus renang dan aktiviti menyelamat
di air. Semua kursus ini memberi manfaat yang besar kepada kita semua.
Kolam-kolam renang juga semakin
banyak dibina di negara kita. Kesemua kolam renang yang dibina untuk individu
ataupun terbuka perlulah melalui proses yang baik untuk menjamin kualiti kolam
renang yang sesuai untuk kesihatan kita. Setiap kolam renang perlu diselenggara
dengan baik bagi menjamin kualiti airnya adalah selamat kepada perenang.
Setiap perenang juga mestilah
mempunyai alatan untuk berenang yang lengkap ketika hendak turun berenang di
kolam. Hasil daripada tugasan ini saya mengetahui mengapa kita perlu memakai
alatan renang seperti baju renang, gogal, penutup kepala dan sebagainya. Ini
adalah untuk menjamin keselematan diri kita daripada kualiti air yang kurang
baik di kolam renang. Pakaian renang pula memberikan keselesaan kepada kita
untuk berenang.
Seterusnya tugasan ini juga
menyedarkan saya tentang perlunya mengetahui peraturan-peraturan dan
langkah-langkah keselamatan ketika berda di kolam renang. Jika kita mematuhi
dan mengikuti langkah-langkah keselamatan dan peraturan-peraturan ini kita
dapat menjamin keselamatan diri kita dan pengunjung lain ketika berada di kolam
renang. Peraturan-peraturan ini diwujudkan bukanlah untuk menyulitkan
pengunjung tetapi adalah untuk keselesaan pengunjung itu sendiri.
Sesungguhnya saya rasa amat bertuah
kerana berpeluang melakukan tugasan ini. Tugasan ini amat bermanfaat kepada
saya dan saya berharap ianya juga akan membawa kebaikan kepada orang lain juga.
Kepada mereka yang tidak yakin ketika berada di dalam air, marilah kita belajar
berenang. Pasti kita akan mendapati aktiviti renang adalah satu aktiviti yang
sangat berfaedah kepada kita semua.
Terbaik tuan...saya azman misbah .....
BalasPadamDengan rendah dirinya saya menjemput tuan jika kelapangan singgah ke blog kami www.swimmingtrainning.blogspot.com untuk bertukar-tukar infomarsi...terima tuan
Ikhlas ,
Azman misbah
Malaysia Swimming Teachers' Association
Terima kasih info sangat bermanfaat..
BalasPadam