MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jumaat, 24 Oktober 2014

SK Tapu, Hulu Terengganu

Alhamdulillah.. 19 Nov lepas, berkesempatan melawat SK Tapu melalui program lawatan penanda aras yang dianjurkan oleh SK Ulu Beranang dengan kerjasama PIBG SK Ulu Beranang. Sekolah ni terletak di Kampung Tapu dalam daerah Hulu Terengganu. Sekolah nya kecil je. Tapi kejayaannya sehingga menggegarkan negara. Pernah menjadi sekolah terbaik Malaysia kerana pencapaian UPSR nya yang begitu cemerlang. Apa rahsia kejayaan mereka. Bak kata En. Mustapah, GPK 1 SK Tapu, keikhlasan...itulah kunci utama kejayaan SK Tapu disamping kerjasama erat dengan PIBG dan pentadbir yang sentiasa menyokong penuh setiap usaha guru-guru. Aman je sekolahnya, macam tiada persekolahan pada hari tersebut. murid-murid nya tidak merayau-rayau di luar kelas walaupun ketika guru tiada di dalam kelas. mungkin pertukaran masa. guru belum sampai lagi. tapi murid-muridnya senyap di dalam kelas bersedia untuk pembelajaran yang seterusnya. Kalau ada sekolah yang nak buat lawatan penanda aras, saya syorkan pergila ke SK Tapu, anda pasti terpesona.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan