MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 29 Januari 2020

Matlamat Atlit Berlatih

Ramai atlit yang turun berlatih. Ada yang suka berlatih, bersungguh dan fokus ketika berlatih. Sanggup menambah lagi waktu latihan walaupun tanpa bimbingan jurulatih. Ada yang hanya turun berlatih untuk memenuhi jadual latihan. Namun tetap fokus dalam latihan dan cuba buat yang terbaik. Ada juga turun berlatih kerana ingin menjaga kedudukan dalam pasukan. Tidak begitu fokus ketika dalam latihan. Ada kalanya merasakan aktiviti latihan tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya. Ha...untuk atlit seperti ini, kena tahu apa matlamat sebenarnya latihan.

Matlamat pertama seorang atlit perlu turun berlatih ialah untuk menang dalam pertandingan. Kita tidak akan menang secara auto dalam sesuatu pertandingan. Jika tiada sebarang latihan jangan berharap kita akan menang kecuali lawan kita levelnya lebih teruk daripada kita. Kalau macam tu, memang tak perlu latihan. Tapi jika lawan kita adalah kuat, maka sewajarnyalah kita kena turun berlatih.

Matlamat kedua kita turun berlatih adalah memperbaiki prestasi. Kalau sebelum ini kita dianggap lemah oleh rakan dan lawan, maka dengan latihan yang betul, insyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Apabila kita dah baik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang terbaik. Dah terbaik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang lebih hebat dalam kalangan terbaik. Itu sekiranya kita sememangnya bercita-cita menjadi yang cemerlang. Hanya latihan dan usaha yang berterusan dapat mengubah level seorang pemain.

Matlamat ketiga dan yang terakhir ialah meningkatkan kemahiran teknik atau kebolehan biomotor. Ni yang selalunya atlit malas nak usaha untuk perbaiki. Contohnya untuk acara lompat jauh, ramai yang beranggapan hanya perlu lari dengan laju kemudian lompat. Sebenarnya ada beberapa fasa dalam lompatan jauh yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik lompatan ini akan mempengaruhi jarak lompatan atlit tersebut. Bukan hanya lompat jauh, semua jenis permainan ada teknik dan keupayaan biomotor yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik dan biomotor ni hanya boleh ditingkatkan dengan latihan yang tersusun.

Ini adalah matlamat sebenar atlit turun berlatih. Kadang kala atlit memang bersemangat untuk turun berlatih tetapi jurulatih pula tidak begitu mahir dalam jadual latihan. Latihan yang dijalankan tidak dapat meningkatkan prestasi atlit. Oleh itu jurulatih perlu kaji semula jadual latihan dan bina situasi latihan yang mampu membantu mencapai matlamat matlamat yang kita dah bincangkan di atas. Jurulatih jangan marah ha, ini pandangan saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, ikut. Kalau tak, abaikan je.


InsyaAllah akan datang kita bincang hal kejurulatihan yang lain pula. Selamat berlatih.


Sumber rujukan :
THEORY AND METHODOLOGY OF TRAINING
THE KEY TO ATHLETIC PERFOMANCE (THIRD EDITION)

Tudor O. Bompa. PHD                             


Tiada ulasan:

Catat Ulasan