MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 9 Ogos 2012

bahan pengajaran


1.0     Pengenalan.

            Dalam proses menyampaikan pengajaran dan, seorang guru perlulah membuat persediaan awal.  Ini penting untuk memastikan pengajaran beliau pada hari itu berkesan dan mencapai sasaran standardnya. Selain daripada itu pengajaran yang menarik dapat memberi kesan yang baik kepada murid-murid. Oleh itu seseorang guru tidak sepatutnya hanya bersedia dari segi mental dan fizikal sahaja ketika melangkah masuk ke dalam kelas. Beliau perlulah juga bersedia dengan bahan pengajaran yang akan membantu beliau memenuhi sasaran standard pengajaran dan pembelajarannya pada hari itu.

            Bahan pengajaran pada awalnya lebih dikenali sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM), Bahan Bantu Mengajar (BBM), Bahan Bantu Belajar (BBB), Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPP) dan Medium Pengajaran dan Pembelajaran (MPP). Walaupun ianya mempunyai pelbagai nama namun fungsinya masih sama iaitu untuk membantu dan  memudahkan seseorang guru itu menyampaikan pengajarannya. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad (2011) bahan pengajaran ialah satu instrumen yang digunakan sebagai sumber untuk memantapkan teknik pengajaran guru dan pembelajaran murid.

            Perkataan ‘bahan’ lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan  ‘alat’ kerana ‘alat’ hanya merujuk kepada barang atau benda maujud. Perkataan ‘bahan’ pula lebih luas konsepnya tidak hanya merujuk kepada benda maujud sahaja.



2.0     Definisi  dan konsep bahan pengajaran.

            Seperti yang telah diperbincangkan di atas, bahan pengajaran ialah pelbagai bahan yang digunakan guru secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid lazimnya sukar memberikan tumpuan ketika pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan oleh itu bahan pengajaran digunakan dengan tujuan mengekalkan penumpuan murid sepanjang tempoh pembelajaran.  Apabila murid memberikan tumpuan penuh kepada pembelajarannya maka ini secara tidak langsung memudahkan guru menyampaikan pengajaran mereka dengan berkesan dan bersistematik.

            Dari segi konsepnya, bahan pengajaran dicipta untuk digunakan oleh murid. Oleh itu bahan pengajaran yang di rekacipta perlulah boleh menarik minat murid untuk menggunakannya. Guru pula perlu memainkan peranan sebagai sumber pembelajaran yang akan membantu murid memperolehi pelbagai fakta, kemahiran dan pendapat  untuk membantu proses kognitif murid.  Ini akan menjuruskan murid ke arah pemikiran yang kreatif dan kritis.

           

3.0     Jenis bahan pengajaran.

Bahan pengajaran boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu bahan pengajaran

 elektronik dan bahan pengajaran yang bukan elektronik.



3.1  Bahan pengajaran elektronik.

            Bahan pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah radio, televisyen, komputer, projektor, pemain CD ataupun DVD, dan sebagainya.



                                     

         komputer                                                                            televisyen





                                          

     CD atau DVD                                                                       radio







                                          

  Pemain CD dan DVD                                                       komputer riba

































3.2  Bahan pengajaran bukan elektronik.



            Bahan pengajaran bukan elektronik adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu  fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan pengajarannya.  Antara bahan pengajaran buka elektronik ialah buku, papan putih, kad imbasan, carta, majalah, simulasi, boneka, permainan bahasa dan sebagainya.



              

                   carta                                                                      kad imbasan



                        

                   papan putih                                                                   buku




                        majalah

1 ulasan: