MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 11 September 2014

Mikro Teaching PJ Suaian

5 Sept 2014

Aku bersama rakan rakan PJ telah ke SK Astana Raja untuk melaksanakan mikro teaching PJ Suaian. PJ Suaian adalah satu mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid istimewa. Mereka ini terdiri daripada yang mempunyai masalah pembelajaran ataupun kecacatan kekal.

Kami sampai di SK Astana Raja pada pukul 7.20 pagi. Suasana pagi itu sungguh indah sekali dengan kesegaran udara kampung. Kami disambut mesra oleh rakan kami saudara Hamiza yang juga merupakan guru di SK Astana Raja dan rakan sekuliah kami. 

Kami terus menuju ke kelas PPKI SK Astana Raja. Kami agak gugup kerana inilah kami pertama kami akan berhadapan dengan murid-murid ini dan akan mengajar mereka. Kami diberi penerangan oleh penyelaras PPKI SK Astana Raja tentang perjalanan kelas PPKI sekolah tersebut.

Kami juga berkesempatan menemuramah beberapa orang murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti slow-learner, hyperaktif dan pertuturan. Banyak perkara yang kami bualkan dan boleh kami katakan reaksi dan respons mereka sangat baik.

Tibalah masa kami menjalankan mikro teaching. Dugaan kami akan mendapat reaksi yang negatif daripada murid ini, ternyata meleset. Mereka begitu suka dengan PJ. Mereka mencuba setiap aktivit yang kami rancang dan ya!!! inilah pengajaran mikro yang paling seronok dan mudah dikendalikan yang saya rasa.

Tamat sessi pengajaran. Kami sangat berpuas hati kerana objektif pengajaran tercapai. Sewaktu hendak meninggalkan SK Astana Raja, murid-murid ini bersalaman dengan penuh sopan. Sedih pula suasana pada masa itu. Kalau lah ada kesempatan saya ingin mengajar mereka lagi. Selamat Tinggal SK Astana Raja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan