11/11/14 kami unit PJ 1 dan 2 PPG KOHORT 2 IPGKRM telah mengadakan lawatan ke SKPK Seremban untuk memenuhi tuntutan kerja kursus PJ Suaian. Kami tiba di sana pada pukul 9.00 pagi dan disambut mesra oleh warga kerja SKPK. Kami kemudiannya diberikan taklimat yang lengkap oleh GPK 1 bersama GPK HEM dan Pengerusi Panitia PJK SKPK Seremban tentang perjalanan PJ dan Sukan di SKPK Seremban.
Taklimat dari GPK 1 SKPK Seremban
Selesai sessi taklimat kami bergerak ke asrama SKPK Seremban kerana sessi pengajaran mikro akan diadakan di sana. Ini memudahkan para pelajar SKPK Seremban untuk menukar baju sukan mereka. setelah menikmati hidangan nasi lemak dan teh o yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. sessi pengajaran mikro pun bermula.
kita makan dulu.
Sebelum sessi pdp dijalankan, murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Selesai sessi penerangan itu. PDP pun dimulakan dengan PJ suaian untuk murid-murid cacat penglihatan kemudian diikuti pula untuk murid-murid cacat pendengaran.
taklimat oleh KU.... steady la.
PJ suaian murid cacat penglihatan
antara aksi menarik murid cacat pendengaran
Sememangnya mengajar murid-murid OKU ini memang sukar. Walaupun begitu pengalaman sehari bersama mereka sangat indah. Walaupun deria mereka tidak sesempurna seperti kita yang normal ini. ini, Namun mereka punya keinginan untuk melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal seusia mereka. Sejujurnya agak sukar dan kekok untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya yang cacat pendengaran namun ada sesuatu yang saya perolehi di sini. Mereka mampu menerima kejengkelan kita terhadap mereka dan menunjukkan rasa kasih dan ramah dengan kita. Tapi bagaimana pula dengan kita. Sudah bersediakah kita menerima mereka di sisi kita? tepuk dada tanya iman....
baru kenal....tapi dah mesra...
bergambar kenangan sebelum balik...hu..hu..hu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan