Masjid Hj Ibrahim ni terletak di Kg Rhu Rendang, Marang. Masjid aku singgah dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu.
Selasa, 28 Oktober 2014
Badak berendam
Isteriku mencuba resepi baru. Dah lama tak rasa kuih. Agak payah jugak nak kuih macam ni pada zaman yang serba maju ni. Ada banyak blog yang bagi resepi kuih ni. Akhirnya ada satu blog tu yang isteriku cuba dan berjaya. Sedap. Tapi kuih ni kalau banyak makan, boleh jadi badak dibuatnya.
Cara membuatnya.
Buat inti macam kuih koci nya inti.
Untuk kulit luarnya perlukan air pandan, tepung pulut dan garam secukupnya.
Santan sebagai sosnya pula dimasak dengan dicampur tepung beras.
Adunan yang dah berinti tadi masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih. Bila timbul maknanya dah masaklah tu.
Masukkan adunan tadi ke dalam santan yang dimasak pekat tadi. Siaplah badak berendam tu. Cubalah.
Jumaat, 24 Oktober 2014
Masjid Tuanku Muhriz, Jempol
Kami singgah masjid ni ketika dalam perjalanan ke Terengganu. Masjid ni besar. Memang selesa. Tengoklah sendiri. Kalau ke serting atau ke Gambang takpun Muaazam...bolehlah singgah solat kat masjid ni. Aku paling suka tengok lampu syiling masjid ni. Cantik.
SK Tapu, Hulu Terengganu
Selasa, 14 Oktober 2014
Parking penuh.
Ini pemandangan biasa di Hospital Serdang pada hari adanya temujanji pesakit dengan klinik pakar. Parking mesti penuh. Sampai pihak hospital buat parking lot sementara di tanah kosong.
Tapi masih tak mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak. Ada yang terpaksa meletakkan kenderaan di tepi tebing. Tadi masa balik ada sebuah avanza mengalami kesukaran untuk mendaki bukit. Kalau parking di bawah bukit, kena pakai 4X4 nampak gayanya.
Tempat parking pun mencabar macam offroad. Kena pulak malam tadi hujan. Jalan tak berturap, tau je la macam mana licinnya. Semoga masalah parking ni mendapat perhatian serius kepada pihak yang berwajib. Apa yang penting keselesaan pesakit dan ahli keluarga dapat diutamakan.
Ahad, 12 Oktober 2014
Pasar Borong Selangor
Aku suka pegi pasar borong ni di serdang. Kalo nak carik kerang segar ke, ikan segar ke, sayur murah ke, ha kat sini la.
Harga memang murah sikit la berbanding pasar harian. Nama pun pasar borong. Banyak pilihan kalo datang sini.
Jumaat, 10 Oktober 2014
Jerebu datang lagi..
Ni suasana di sepanjang jalan Pajam ke Mantin tadi. Jarak penglihatan semakin terhad. Dalam 1 km je kot, mengikut pandangan mata aku yang tak berapa nak jelas sekarang ni.
Kenapa la sejak kebelakangan ni jerebu ni mudah sangat berlaku. Macam tak kisah je buat pembakaran hutan dan ladang secara besar-besaran. Tak fikir ke tentang natijahnya kepada insan lain. Terutamanya anak-anak kecil dan warga emas.
Aktiviti luar nampaknya kene dihadkan. Bahaya. Banyak sangat bahan bahan yang terampai dalam udara jerebu yang kite sedut ni. Nak kene carik topeng muka la nampaknya.
Dunia semakin maju. Tapi pemikiran dan tindak tanduk sesetengah manusia semakin terkebelakang....
Selasa, 7 Oktober 2014
Tukar warna
Aku berjumpa dengan en. Rahim seorang pakar cat kereta di Kubang, Nilai. Memey hasil keje sangat bermutu dan dia punye pekerja, Lan seorang yang mahir jugak dengan keje sembur menyembur cat ini.
Aku bole cadangkan kat sume, kalo nak sembur kete, carik la en Rahim ni. kedai die tepi jalan dari Pekan Nilai ke Pekan Salak.
aku memey puas hati dengan keje diorang. Mana-mana aku pegi, mesti ade la yang juling mata diorang tgk kete aku. Yang tanya kat mana aku cat pun ramai gak. Mana tak nya, kete buruk bole jadi lawa....he..he..he..
Isnin, 6 Oktober 2014
Mee kuning buatan sendiri
Sekarang, sejak isteri dah pandai buat mee kuning sendiri ni, takde lagi beli mee kuning di kedai. Buat sendiri lebih jimat dan sedap rasanya. Ini pun hasil cuba jaya yg isteri lakukan dengan resepi yang diambil dari internet. Akhirnya menjadi la mee kuning ni. Setelah beberapa kali percubaan dan penambahbaikan, nampaknya mee yang dihasilkan semakin bermutu. Kalau ade sesapa yang nak mencuba, ha ini ada bahan dan cara membuatnya. Cubala.....
Bahan - bahan:
Tepung 1 kg
2 biji telur
Air 440ml
Garam secukupnya
Pewarna satu sudu kecil atau serbuk kunyit...
Cara membuatnya...
Uli tepung yang dicampur air, telur, garam dan pewarna sehingga sebati.
Adunan agak kering dan sukar diuli dengan tangan.
Biarkan begitu, kalo adunan basah, mee agak sukar dipisahkan ketika di gelek nanti.
Seterusnya buatkan doh doh yang sederhana besar, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Gunakan mesen penggelek mee.
Gelek licin dahulu, kemudian masukkan ke dalam penggelek mee.
Setelah siap di gelek masukkan mee tadi ke dalam air rebusan yg mendidih.
Biarkan seketika, dalam seminit jgn lama sangat, nanti mee lembik.
Keluarkan mee dan toskan air. Gaulkan dengan minyak masak, agar ianya tidak melekit dan melekat antara satu sama lain. Mee akan nampak berkilat dan berbentuk silinder.
Siaplah mee kuning anda. Boleh tahan seminggu jika disimpan di dalam peti ais.
Dijamin halal.
Ahad, 5 Oktober 2014
Gulai maman daging salai
Kalau org gemencheh/ monche....tak do gulai maman masa raya ni....macam ade kureng skit....maman di moncheh ni cara masak die ade spesial skit....
Mula-mula....salai daging lu...daging tu dlm 2 kilo....kemudian dah siap salai...cincang/siang ikut saiz dadu atau nipis-nipis....dh siap tu...bole la mula masak gulai kuning cili api....org moncheh suko gulai yg pekat dan pedas....kalo tak podeh...bukan org negori la tu...santan sekurang-kurangnya tuk dua kilo daging...kono lima bijik kelapa atau 1/2 kilo santan...masak gulai ni campur daging salai ni ikut la masin ngan kunyit die sesedap rasa....masak la sehingga gulai tersebut hampir terbit minyak....bila dh nak terbit minyak tu...baru la dimasukkan daun maman tu....jangan kacau dulu...biarkan daun tu layu dek panas gulai tu....bila dah layu...barulah di terbalikkan...biar yg daun diatas pula ke bawah....biar die pulak layu....bila dh layu sepenuhnya...kecilkan api...kacau la sekali sekali....ini petua agar gulai ni tak pahit sangat....tp mak abg ipar saya di bentong....die rebus daun ni...hilang pahit die...tp tu bentong stail....moncheh stail...mcm yang saya bg tau ni....seeloknya...kalo 2 kilo daging...daun mamannya...3 kilo...baru la sodap....cube la...kalo sodap...bg tau kengkawan....tp untuk masakan sendiri...takyah la sampai berkilo kilo....buat la tuk hidangan sepatutnya....tp gulai maman ni tahan lama....lagi kering lagi power rasa die....
Hidangan Negeri Sembilan terbaik
Kalau ade yang mencari kedai makan masakan negeri sembilan.....datang la sini....ade bermacam macam lauk yang menjadi hidangan tradisi waghih....umpamanya....gulai lomak cili api siput sedut.....gulai sambal daun kayu....gulai lomak cili api ayam salai....dan yg spesial....nasi ayam panggang....harga pun berpatutan....terletak di seremban 2 belakang family store...Mama World...terbaekkkkk....
Sabtu, 4 Oktober 2014
Kedai hp murah
INI la kedai HP murah yg pernah aku jumpa.....HP ori dan ap ada dijual kat sini... Mintak la apa-apa jenama pun....Alcatel...lenovo...Samsung...iPhone...huawei...lg...Asus...oppo....sume ade...pegi la...kalo nak....
Jumaat, 3 Oktober 2014
Mentari merah di ufuk timur
Alhamdulillah....segala pujian bg Allah yang masih meminjamkan roh kepada kita pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini.....kerana dengan itu kita masih mampu menyaksikan keindahan alam ciptaan Nya....jadikanlah hari ini lebih baik drp semalam wahai tuhanku yang maha pengasih lagi penyayang....Amin...
Hubungan Etnik
Sekolah Madrasah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran yang diajar berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap pengajian sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudhir adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terdapat satu lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekolah ini.
Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaksud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi iaitu pagi untuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan matapelajaran vokasional. Manakala pada sebelah petang pula matapelajaran Bahasa Arab dan Al-Quran.
Sekolah-sekolah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat sambutan walaupun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah disebabkan syak wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap anak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan faktor kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendiri, dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan.
Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. Penubuhan MPSI adalah “mercu sistem pendidikan rendah Melayu” (Loh 1975).
Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dalam pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British masih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. Menurut Tan Din Eing, “perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan”.
Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendidikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.
Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satatus quo masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada di sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuasaan Britisah di tanah air mereka. Ini bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. British juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi. Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka.
Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penting. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial.
Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka. Contoh sekolah vernakular Cina ialh SJK(C) Hua Lian, Tanjung, Perakdan SJK(C) Chung Hwa, Kota Bahru, Kelantan.
Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China.
Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya.
British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu. Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-sekolah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah-sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis.
Pada keseluruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebih tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan ekonomi. Menurut Andaya,”…..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolah-sekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu boleh naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British.
Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . British telah mengarahkan supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi, ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah –sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor.
Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang di bina pada waktu itu, hanya sekolah –sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti ” kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar , dan juga bilangan guru yang betul-betul berkelayakan” . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai, Penyelia ladang, ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui tahu membaca dan menulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah India pada masa itu.
Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan pada masa itu, adalah yang berunsur “keindahan”. Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya .Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, ” terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, dapat kita renungkan bersama bahawa campur tangan kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerintah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin mewujudkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti dalam bidang pertanian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada masa itu melihat kewujudan sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidak penting kepada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masyarakat India pada masa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbagai kelengkapan. Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang perbezaan antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan diri dengan kerjaya yang bagus berbanding dengan orang India yang miskin dan terpaksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja.
Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diajar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama.
Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris dimulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi sambutannya amat dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung sekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929 .
Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British. Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perenpuan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.
Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.
Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior Cambridge.
Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Bukit Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk menghadiri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.
Khamis, 2 Oktober 2014
Masih ada sedikit kelegaan.....
ianya boleh digunakan terus di pam minyak untuk menebus mata ganjaran kad MESRA anda....
Cara-cara nya...
- masukkan kad MESRA anda di pam.
- pilih Bahasa anda.
- tunggu sehingga....sila angkat nozzle dan mula mengisi minyak...terpapar di skrin.
- apa tunggu lagi...angkat la nozzle....mula la isi minyak di tangki kenderaan anda..
Renang
Antara potensi bahaya di kolam termasuklah:
7.1.2 Kedalaman air -
Ada sesetengah kolam renang tidak mempunyai sempadan atau papan tanda yang jelas antara kawasan cetek dan dalam. Malah, ada juga kolam renang yang tidak dituliskan dengan jelas kedalaman dalam tersebut.
7.1.3 Lantai yang licin -
Sesetengah kolam renang, terutama yang telah lama dibina menggunakan jubin halus seperti mozek, yang mudah licin selepas terkena air.
7.1.4 Jubin yang pecah -
Dasar kolam dan bucu kolam sering mengalami masalah jubin/seramik yang pecah. Ini boleh menimbulkan kecederaan jika terpijak di tempat tersebut.
.