MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 31 Disember 2014

Manisnya kejayaan ini....

Malam Selasa bersamaan 30 Dis 2014 telah berlangsung Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang lepas. Antara pelajar yang diraikan ialah anak saya.


Pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penari Homestay Kg Ulu Rawa dan penyanyi cilik Marsya, Juara Bintang Kecil RTM 2014


Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Hj Ishak bin Ismail yang juga ADUN Kawasan Lenggeng.


Mesti nak tahu kan apa hadiah yang anak saya dapatkan.... Inilah dia...





Saya memang tak sangka... lumayan sungguh hadiahnya...terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar....guru-guru..PIBG terutamanya YDP dan Naib YDP...dan Dato Ishak...untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bukanlah hadiah ini yang menjadi matlamat utama dalam kejayaan anak saya, apa yang utama ialah agar dia berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah ini adalah satu dorongan kepada dia untuk terus berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Sebagai ayah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak saya.


Khamis, 4 Disember 2014

Temuduga kemasukan pelajar tingkatan satu 2015 SMK Sultan Alam Shah Putrajaya

Alhamdulillah, rezki anak saya yg berjaya meraih 5A dalam UPSR 2014.
Dia ditawarkan untuk hadir ke temuduga pengambilan pelajar tingkatan 1 2015 Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya.
Alam Shah bukanlah satu nama baru dalam sistem pendidikan negara kita. Saya sungguh berbangga apabila anak saya terpilih untuk menghadiri temuduga di sekolah antara yang berprestij di Malaysia.
Antara ujian yg dijalankan ialah ujian bertulis, ujian temuduga dan ujian kecergasan.
Alhamdulillah along berjaya mengharungi setiap ujian dengan baik. Sejujurnya saya tidaklah mengharapkan dia berjaya memasuki Sekolah Sultan Alam Shah ini. Persaingan begitu sengit dengan calon-calon yang hebat dari seluruh negara. Seramai 120 orang calon yang hadir untuk memenuhi kouta sekolah seramai 36 orang. Sudah tentu hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang akan berjaya.
Bagi saya, dipilih menghadiri temuduga sudah merupakan kejayaan yang hebat.

Rabu, 19 November 2014

REFLEKSI
            Mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah satu cabaran yang hebat kepada seorang guru. Ini kerana seorang guru Pendidikan Jasmani perlulah memastikan pergerakan yang diajar adalah betul supaya apa yang dilakukan oleh murid tidak mendatangkan mudarat kepada mereka. Apa yang lebih musatahak lagi teknik-teknik  pergerakan itu adalah betul supaya mereka tidak melakukan teknik-teknik yang salah sehingga berlarutan menjadi tabiat yang kekal sedangkan teknik-teknik itu adalah salah.
            Memandangkan betapa beratnya beban seorang guru Pendidikan Jasmani, oleh itu saya sentiasa berhati-hati supaya apa yang saya ajar tidak dikategorikan sebagai salah atau songsang. Kemahiran melakukan servis bola tampar adalah satu aktiviti yang sukar kepada mereka yang tidak pernah bermain bola tampar. Sebagai persiapan saya mencari klip-klip video di You Tube tentang latihan asas kepada mereka yang baru hendak bermain bola tampar. Walaupun saya pernah biasa bola tampar, saya tetap mahu menambah ilmu supaya saya tidak tersalah mengajar kepada anak murid saya.
            Pada langkah permulaan saya cuba membawa aktiviti melakukan servis itu sendiri sebagai cara saya meningkatkan kadar nadi murid saya. Saya meminta mereka memukul bola kecil dengan menggunakan tapak tangan di bahagian bawah bola ke arah rakan di hadapan mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir. Saya melihat aktiviti ini sangat bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
            Respon daripada anak murid saya sangat baik dan mereka gembira melakukan aktiviti ini. Cuma saya rasa sepatutnya saya menambahkan lagi tempo kerancakan mereka bergerak. Ini akan menaikkan lagi kadar nadi mereka dan tahap keseronokan mereka. Aktiviti regangan juga berjalan dengan baik.
            Langkah permulaan saya menunjukkan terlebih dahulu cara melakukan servis yang betul kepada murid-murid saya. Oleh kerana semua murid saya ini adalah kali pertama mereka melakukan servis, maka saya sedaya upaya menunjukkan cara melakukan servis yang betul supaya mereka mendapat teknik melakukan servis yang betul. Saya menerangkan titik kontak bahagian bawah bola yang perlu dipukul untuk mendapatkan servis yang baik. Penerangan saya mudah difahami oleh murid saya kerana mereka berjaya melakukan servis dengan cara yang betul. Saya sentiasa memantau pergerakan mereka dan menegur jika ada yang melakukan teknik yang salah. Mungkin kerana masa yang terhad saya mengharapkan mereka dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan. Ini mungkin kelemahan saya kerana agak terburu-buru mengejar masa sedangkan pemahaman murid itu yang lebih utama. Aktiviti berjalan dengan baik.Mengajar murid tahun 3 melakukan servis dengan bola tampar yang sebenar boleh mengundang bahaya jika bola terkena bahagian muka mereka. Mujurlah pada hari itu tiada sebarang insiden yang berlaku akibat murid bergurau dengan rakan.
            Pada gerakerja kumpulan saya menaikkan sedikit aras kesukaran aktiviti melakukan servis itu dengan menyuruh mereka melakukan servis melalui gelung rotan.  Saya membahagikan murid-murid saya kepada 3 kumpulan. Mereka perlu melakukan servis secara individu. Ada murid yang mampu membuat aktiviti ini dengan baik. Ada yang lemah. Oleh itu saya memberikan sedikit masa kepada murid yang lemah supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran mereka. Permainan bola tampar adalah satu permainan yang agak sukar. Oleh itu saya memahami kesukaran mereka menguasai kemahiran melakukan servis ini dengan baik. Apa yang penting ialah saya perlu memastikan mereka mampu melakukan servis bola tampar  walaupun mengambil masa yang lebih berbanding rakan-rakan yang lain. Saya mengambil pendekatan untuk sentiasa mendorong mereka agar terus melakukan aktiviti ini tanpa sedikitpun menyinggung perasaan mereka. Saya ingin mereka sentiasa seronok dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mujurlah masa yang saya peruntukan itu cukup untuk langkah ini.
            Pada masa kemuncak saya mengaturkan satu pertandingan antara dua kumpulan. Oleh kerana saya memikirkan permainan bola tampar adalah satu perkara yang baru kepada murid-murid saya, maka aktiviti pertandingan ini saya rancang dengan teliti agar dapat menarik minat anak murid saya gemar bermain bola tampar. Saya menambah sedikit peraturan agar suasana pertandingan itu akan menonjol di kalangan murid saya. Saya meletakkan tiga sasaran yang boleh dicapai oleh murid ketika melakukan servis. Setiap sasaran akan membawa markah kepada kumpulan.Setiap murid menunjukkan keseronokan dan ingin menghantar bola ke arah sasaran yang mempunyai markah yang tertinggi tetapi saya sepatutnya menyediakan hadiah untuk menambahkan lagi keseronokan mereka.
            Aktiviti penutup saya bertanya kepada murid tentang kefahaman tentang aktiviti pembelajaran pada hari itu. 22 orang murid daripada 22 orang murid menjawab dengan betul. Saya bersyukur kerana pengajaran saya mencapai objektif pada hari itu. Cuma saya sepatutnya memberikan lembaran kerja agar kemampuan kefahaman individu dapat saya kesan. Aktiviti menyejukkan badan juga menarik perhatian murid-murid saya. Mereka melakukannya dengan riang.saya menerangkan kenapa mereka perlu melakukan aktivit menyejukkan badan. Ini satu kepuasan kepada saya apabila murid-murid saya mendengar arahan dan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran mereka.
            Semoga apa yang telah saya lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu dapat meningkatkan lagi kemahiran saya mengajar.
           




Isnin, 17 November 2014

Papan Cerita / story board utk EDU


Kalau ada sesapa yang pening kepala nak buat story board untuk pembikinan klip video. Ini ada satu contoh story board. boleh lah guna untuk rujukan. 





PAPAN CERITA / STORY BOARD
TAJUK                        :           AMALKAN PIRAMID MAKANAN DALAM HIDANGAN                                                 ANDA
MASA                         :           5.13 MINIT.
MATAPELAJARAN    :           PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2
BIL/MASA
VIDEO/GAMBAR
AUDIO
CATATAN
Slaid 1
Masa
00.00.14.0
Video bendera Jalur Gemilang berkibar. Slaid ucapan.
Bunyi lori bergerak dan lagu.
Lagu :“Makan” nyanyian Jalil Hamid
Slaid 2
Masa
00.00.07.0
Gambar :
Piramid makanan
Lagu
Lagu : “Makan” Tulisan:  “Ingat ya”
Slaid 3
Masa
00.00.05.0
Gambar :
Doa sebelum makan
Lagu
Lagu  : “Makan”
Tulisan : “Jangan lupa baca doa”
Slaid 4
Masa
00.00.07.0
Gambar :
Membasuh tangan di sinki sebelum makan
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan : “Basuh tangan sebelum makan”
Slaid 5
Masa
00.01.18.0
Video :
Murid-murid sedang makan di kantin
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan: “Barulah boleh makan” dan “Ermm sedapnya”

Slaid 6
Masa
00.00.03.0
Gambar:
Set hidangan makan tengah hari
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Apa menu kita hari ini?”
Slaid 7
Masa
00.00.05.0
Gambar:
Set hidangan makan tengah hari
Lagu
Lagu : “Makan “
Tulisan
“Apakah mengikut piramid makanan?”
Slaid 8
Masa
00.00.05.0
Gambar :
Set hidangan makan tengah hari
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Jangan makan mengikut nafsu”
Slaid 9
Masa
00.00.07.0
Gambar :
Set hidangan makan tengah hari
Lagu
Lagu : “ Makan”
Tulisan :“Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak”
Slaid 10
Masa :
00.00.06
Video :
Sekumpulan guru sedang menjamu selera sambil berbual-bual kosong
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Seronoknya makan sambil berbual”




Slaid 11
Masa :
00.02.29.00
Video :
Murid-murid sedang menjamu selera di kantin
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Ataupun makan sambil mendengar cerita atuk”
“Makan bersama rakan-rakan lagi seronok”
Slaid 12
Masa :
00.00.06.0
Gambar :
Seorang murid lelaki yang menunjukkan memek muka yang mencebik.
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Eh, kenapa ni? Makanan tak sedap ke?”
Slaid 13
Masa :
00.00.04.0
Gambar :
Dua orang murid perempuan sedang makan
Lagu
Lagu : ”Makan”
Tulisan :
“Jagalah adab ketika makan seperti kawan kita ni”
Slaid 14
Masa :
00.00.06.0
Gambar :
Susu sekolah
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Minumlah susu selalu. Piramid makanan pun menggalakkan kita minum susu. Susu penting untuk tulang kita.”

Slaid 15
Masa :
00.00.07.0
Gambar :
Seorang budak lelaki sedang membasuh tangan
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
Lepas makan jangan lupa cuci tangan.


Slaid 16
Masa :
00.00.03.0
Video :
Upin Ipin
Suara Ipin :
Betul! Betul! Betul!

Slaid 17
Masa
00.00.08.0
Gambar :
Seorang budak lelaki
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Apa kau cakap Ipin?”

Slaid 18
Masa :
00.00.03.0
Video :
Upin Ipin
Suara Ipin :
Betul! Betul! Betul!

Slaid 19
Masa :
00.00.08.0
Gambar :
Doa selepas makan
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Iyelah tu...lepas makan jangan lupa baca doa.”


Slaid 20
00.00.07.0
Gambar :
Piramid makanan
Lagu
Lagu : “Makan”
Tulisan :
“Amalkanlah piramid makanan.”
“Sekian Terima Kasih.”



Rabu, 12 November 2014

Pengajaran mikro di SKPK Seremban

11/11/14 kami unit PJ 1 dan 2 PPG KOHORT 2 IPGKRM telah mengadakan lawatan ke SKPK Seremban untuk memenuhi tuntutan kerja kursus PJ Suaian. Kami tiba di sana pada pukul 9.00 pagi  dan disambut mesra oleh warga kerja SKPK. Kami kemudiannya diberikan taklimat yang lengkap oleh GPK 1 bersama GPK HEM dan Pengerusi Panitia PJK SKPK Seremban tentang perjalanan PJ dan Sukan di SKPK Seremban.


                                              Taklimat dari GPK 1 SKPK Seremban

Selesai sessi taklimat kami bergerak ke asrama SKPK Seremban kerana sessi pengajaran mikro akan diadakan di sana. Ini memudahkan para pelajar SKPK Seremban untuk menukar baju sukan mereka. setelah menikmati hidangan nasi lemak dan teh o yang disediakan oleh pihak kantin sekolah. sessi pengajaran mikro pun bermula.
                                             kita makan dulu.

Sebelum sessi pdp dijalankan, murid-murid diberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan dan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Selesai sessi penerangan itu. PDP pun dimulakan dengan PJ suaian untuk murid-murid cacat penglihatan kemudian diikuti pula untuk murid-murid cacat pendengaran.

                                           taklimat oleh KU.... steady la.

                                            PJ suaian murid cacat penglihatan
                                           antara aksi menarik murid cacat pendengaran

Sememangnya mengajar murid-murid OKU ini memang sukar. Walaupun begitu pengalaman sehari bersama mereka sangat indah. Walaupun deria mereka tidak sesempurna seperti kita yang normal ini. ini, Namun mereka punya keinginan untuk melakukan aktiviti seperti kanak-kanak normal seusia mereka. Sejujurnya agak sukar dan kekok untuk berinteraksi dengan mereka terutamanya yang cacat pendengaran namun ada sesuatu yang saya perolehi di sini. Mereka mampu menerima kejengkelan kita terhadap mereka dan menunjukkan rasa kasih dan ramah dengan kita. Tapi bagaimana pula dengan kita. Sudah bersediakah kita menerima mereka di sisi kita? tepuk dada tanya iman....

                                           baru kenal....tapi dah mesra...
                                           bergambar kenangan sebelum balik...hu..hu..hu..

Sabtu, 8 November 2014

Masjid Kg Sg Dua, Gemencheh,NS

Ni masjid kg aku. Kecil tp selesa. Ruang solat berhawa dingin.

Selasa, 4 November 2014

1murid 1sukan permainan sofbol

Alhamdulillah selesai menjalankan tugas sebagai Jurulatih Utama permainan sukan 1murid 1sukan permainan sofbol peringkat daerah Seremban.

Kursus ni dijalankan sebanyak dua fasa. Fasa pertama pada 2 & 3 Okt dan fasa kedua pada 3 & 4 Nov. Bertempat di SMK Teknik Tuanku Jaafar dan SK Taman Tasik Jaya.

Nak kata bagus sangat dalam sofbol ni takde la bagus sangatpun. Baru 3 4 tahun main sofbol ni. Ada la jugak sertai kursus as kejurulatihan sofbol dan kepegawaian. Dah rezeki dihantar pulak kursu Jurulatih Utama permainan Sofbol peringkat zon Selatan yang melibatkan 3 negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di Melaka tahun lepas. Teruslah secara automatiknya jadi JU negeri.

Mintak mintak apa yang disampaikan dapat difahami cikgu-cikgu daerah Seremban. Balik sekolah nanti, bolehlah bukak 1murid 1sukan permainan sofbol.

Kalau tengok respon ramai cikgu mula berminat dengan permainan sofbol ni. Ada yang nak buat team. Ye la di Negeri Sembilan ni, sofbol bukanlah satu permainan yang popular. Mudah-mudahan bertambah jumlah sofboller di negeri ni.

Selasa, 28 Oktober 2014

Masjid Hj Ahmad Ibrahim

Masjid Hj Ibrahim ni terletak di Kg Rhu Rendang, Marang. Masjid aku singgah dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu.

Badak berendam

Isteriku mencuba resepi baru. Dah lama tak rasa kuih. Agak payah jugak nak kuih macam ni pada zaman yang serba maju ni. Ada banyak blog yang bagi resepi kuih ni. Akhirnya ada satu blog tu yang isteriku cuba dan berjaya. Sedap. Tapi kuih ni kalau banyak makan, boleh jadi badak dibuatnya.

Cara membuatnya.
Buat inti macam kuih koci nya inti.
Untuk kulit luarnya perlukan air pandan, tepung pulut dan garam secukupnya.

Santan sebagai sosnya pula dimasak dengan dicampur tepung beras.

Adunan yang dah berinti tadi masukkan ke dalam air rebusan yang mendidih. Bila timbul maknanya dah masaklah tu.

Masukkan adunan tadi ke dalam santan yang dimasak pekat tadi. Siaplah badak berendam tu. Cubalah.