MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 13 Februari 2020

Hantar dan Terima

Khamis, 30 Januari 2020

Objektif Latihan

Pasti ramai yang nak tahu apa objektif kita mengadakan latihan. Jom, kali ni kita bincangkan pula apa objektif yang kita nak capai apabila mengadakan latihan.

1. Pembentukan atau peningkatan pelbagai aspek fizikal.
Antara objektif utama yang perlu dicapai apabila mengadakan latihan ialah kita ingin meningkatkan :
       - daya tahan otot
       - kekuatan
       - kelajuan
       - kelenturan
       - tahap kordinasi yang tinggi

2. Pembentukan keperluan fizikal yang khusus untuk sukan tertentu.
Meningkatkan keupayaan relatif sepatutnya seperti :
       - komposisi otot
       - kekenyalan
       - kekuatan khusus
       - pergerakan tangkas dan tindak balas
       - kordinasi dan kelembutan

3. Faktor teknikal
Membaiki teknik asas dan teknik lakuan

4. Faktor taktikal
       - Meningkatkan strategi
       - mengkaji taktik pihak lawan
       - mempelbagaikan taktik

5. Aspek psikologi
       - tingkatkan disiplin
       - ketabahan
       - semangat melawan
       - keyakinan
       - kesungguhan

6. Kebolehan dan kecekapan pasukan
       - memantapkan pasukan
       - seimbang dari segi fizikal
       - taktikal dan strategi
       - tingkat semangat kerjasama

7. Faktor kesihatan
      - pemeriksaan kesihatan berjadual
      - latihan mengikut kemampuan kesihatan atlit
      - latihan untuk atlit yang benar benar sihat.

8. Mengelakkan kecederaan kecederaan berlaku.
      - elak kecederaan melalui cara meningkatkan kelembutan /kelenturan.
      - regangan otot untuk fasa permulaan atlit baru supaya apabila berlaku kesilapan dalam pergerakan dapat
        mengurangkan risiko kecederaan.

9. Pengetahuan teori
      - Tingkatkan pengetahuan tentang asas psikologi, latihan, perancangan, pemakanan dan pemulihan.

Rujukan :
THEORY AND METHODOLGY OF TRAINING
THE KEY TO ATHLETIC PERFORMANCE (THIRD EDITION)
Tudor O. Bompa. PHD

Rabu, 29 Januari 2020

Matlamat Atlit Berlatih

Ramai atlit yang turun berlatih. Ada yang suka berlatih, bersungguh dan fokus ketika berlatih. Sanggup menambah lagi waktu latihan walaupun tanpa bimbingan jurulatih. Ada yang hanya turun berlatih untuk memenuhi jadual latihan. Namun tetap fokus dalam latihan dan cuba buat yang terbaik. Ada juga turun berlatih kerana ingin menjaga kedudukan dalam pasukan. Tidak begitu fokus ketika dalam latihan. Ada kalanya merasakan aktiviti latihan tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya. Ha...untuk atlit seperti ini, kena tahu apa matlamat sebenarnya latihan.

Matlamat pertama seorang atlit perlu turun berlatih ialah untuk menang dalam pertandingan. Kita tidak akan menang secara auto dalam sesuatu pertandingan. Jika tiada sebarang latihan jangan berharap kita akan menang kecuali lawan kita levelnya lebih teruk daripada kita. Kalau macam tu, memang tak perlu latihan. Tapi jika lawan kita adalah kuat, maka sewajarnyalah kita kena turun berlatih.

Matlamat kedua kita turun berlatih adalah memperbaiki prestasi. Kalau sebelum ini kita dianggap lemah oleh rakan dan lawan, maka dengan latihan yang betul, insyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Apabila kita dah baik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang terbaik. Dah terbaik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang lebih hebat dalam kalangan terbaik. Itu sekiranya kita sememangnya bercita-cita menjadi yang cemerlang. Hanya latihan dan usaha yang berterusan dapat mengubah level seorang pemain.

Matlamat ketiga dan yang terakhir ialah meningkatkan kemahiran teknik atau kebolehan biomotor. Ni yang selalunya atlit malas nak usaha untuk perbaiki. Contohnya untuk acara lompat jauh, ramai yang beranggapan hanya perlu lari dengan laju kemudian lompat. Sebenarnya ada beberapa fasa dalam lompatan jauh yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik lompatan ini akan mempengaruhi jarak lompatan atlit tersebut. Bukan hanya lompat jauh, semua jenis permainan ada teknik dan keupayaan biomotor yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik dan biomotor ni hanya boleh ditingkatkan dengan latihan yang tersusun.

Ini adalah matlamat sebenar atlit turun berlatih. Kadang kala atlit memang bersemangat untuk turun berlatih tetapi jurulatih pula tidak begitu mahir dalam jadual latihan. Latihan yang dijalankan tidak dapat meningkatkan prestasi atlit. Oleh itu jurulatih perlu kaji semula jadual latihan dan bina situasi latihan yang mampu membantu mencapai matlamat matlamat yang kita dah bincangkan di atas. Jurulatih jangan marah ha, ini pandangan saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, ikut. Kalau tak, abaikan je.


InsyaAllah akan datang kita bincang hal kejurulatihan yang lain pula. Selamat berlatih.


Sumber rujukan :
THEORY AND METHODOLOGY OF TRAINING
THE KEY TO ATHLETIC PERFOMANCE (THIRD EDITION)

Tudor O. Bompa. PHD                             


Isnin, 27 Januari 2020

LATIHAN BOLA SEPAK

Rutin setiap kali turun latihan :

1. Jogging bersama bola
2. Regangan
3. Kemahiran mengawal bola
4. Kemahiran menggelecek dan menghadang pemain lawan.
5. Pemantapan formasi dan posisi.









Isnin, 20 Februari 2017

Hamburan Hadapan.

Dalam banyak banyak pelakuan gimnasik dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4, saya rasa inilah perlakuan yang paling sukar untuk murid-murid tahun 4 lakukan. Ini kerana, untuk melakukan aktiviti ini, murid perlu mampu melakukan dirian tangan tanpa sokongan. Sukar sebenarnya jika mereka tidak mempunyai kekuatan otot tangan yang baik.

         Setelah itu, mereka perlu meleding badan mereka ke belakang untuk melakukan hamburan. Akhirnya mereka akan mendarat dan seterusnya berdiri. Bolehlah kita tengok video pelajar ini. Dia berjaya melakukan hamburan cuma endingnya tidak begitu cantik. Tapi tahniah untuk dia.



Jumaat, 17 Februari 2017

Dirian Tangan

Ini Pendidikan Jasmani Tahun 4. Berdiri menggunakan tangan. Dengar je macam tu, budak -budak ni menggeletar pala lutut masing-msing. Ye lah, diri pakai kaki pun ada yang tumbang, ni pulak pakai tangan. Silap-silap muka terhentak ke lantai. Tapi nak buat macam mana, buat tetap kena buat, ye tak? Tapi dirian tangan ni ada ansur maju nya. Jom tengok macam mana ansur majunya.


Yup ini dia ansur majunya. Minta bantuan rakan untuk menampung kaki. Gunakan dinding semakin menampung badan agar tidak meleding ke belakang yang boleh mencederakan tulang beklakang. Sakit woo.

Kekuatan otot tangan sangat penting dalam melakukan aktiviti dirian tangan ni. Ototbadan belakang juga perlu stabil agar dapat menahan badan agar tidak melengkung ke belakang. Ada pelajar yang berjaya melakukan dirian tangan ni selepas berusaha dan pastinya dia sangat berbangga dengan kejayaan dia tu. Tahniah.



Ini dah boleh dirian tangan walaupun dengan barsdandar ke dinding, tapi tidak perlu lagi bantuan rakan.


Ini yang terbaik. Tanpa bantuan rakan dan sandaran dinidng. Hebatkan! Tahniah.

Khamis, 16 Februari 2017

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

PUTARAN RODA.

Kemahiran PJ Tahun 5 asas gimnastik yang menarik untuk diajar kepada pelajar. Biasanya ramai pelajar yang pernah dan suka melakukan pergerakan ni. Tapi ramai juga yang gusar dan tidak yakin melakukannya. Inilah antara cabaran kepada guru Pendidikan Jasmani. Tetapi jika kita yakin dengan kaedah pengajaran kita, InsyaAllah pelajar kita mampu dan yakin melakukannya.



Bila dah yakin, tengoklah aksi mereka. Seronok je kan? Jadi, gimnastik bukanlah satu sukan yang merbahaya. Kalau betul caranya, mungkin kita akan lahirkan ramai ahli gimnas suatu masa nanti.