Hari ni tamatlah perkhidmatan kak Salamah di SKUB......dh 35 thn die berkhidmat....semoga kak Salmah terus ceria dan sihat selalu.....
Jumaat, 12 September 2014
Khamis, 11 September 2014
Mikro Teaching PJ Suaian
5 Sept 2014
Aku bersama rakan rakan PJ telah ke SK Astana Raja untuk melaksanakan mikro teaching PJ Suaian. PJ Suaian adalah satu mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk murid-murid istimewa. Mereka ini terdiri daripada yang mempunyai masalah pembelajaran ataupun kecacatan kekal.
Kami sampai di SK Astana Raja pada pukul 7.20 pagi. Suasana pagi itu sungguh indah sekali dengan kesegaran udara kampung. Kami disambut mesra oleh rakan kami saudara Hamiza yang juga merupakan guru di SK Astana Raja dan rakan sekuliah kami.
Kami terus menuju ke kelas PPKI SK Astana Raja. Kami agak gugup kerana inilah kami pertama kami akan berhadapan dengan murid-murid ini dan akan mengajar mereka. Kami diberi penerangan oleh penyelaras PPKI SK Astana Raja tentang perjalanan kelas PPKI sekolah tersebut.
Kami juga berkesempatan menemuramah beberapa orang murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti slow-learner, hyperaktif dan pertuturan. Banyak perkara yang kami bualkan dan boleh kami katakan reaksi dan respons mereka sangat baik.
Tibalah masa kami menjalankan mikro teaching. Dugaan kami akan mendapat reaksi yang negatif daripada murid ini, ternyata meleset. Mereka begitu suka dengan PJ. Mereka mencuba setiap aktivit yang kami rancang dan ya!!! inilah pengajaran mikro yang paling seronok dan mudah dikendalikan yang saya rasa.
Tamat sessi pengajaran. Kami sangat berpuas hati kerana objektif pengajaran tercapai. Sewaktu hendak meninggalkan SK Astana Raja, murid-murid ini bersalaman dengan penuh sopan. Sedih pula suasana pada masa itu. Kalau lah ada kesempatan saya ingin mengajar mereka lagi. Selamat Tinggal SK Astana Raja.

Khamis, 9 Ogos 2012
bahan pengajaran
1.0
Pengenalan.
Dalam
proses menyampaikan pengajaran dan, seorang guru perlulah membuat persediaan
awal. Ini penting untuk memastikan
pengajaran beliau pada hari itu berkesan dan mencapai sasaran standardnya.
Selain daripada itu pengajaran yang menarik dapat memberi kesan yang baik
kepada murid-murid. Oleh itu seseorang guru tidak sepatutnya hanya bersedia
dari segi mental dan fizikal sahaja ketika melangkah masuk ke dalam kelas.
Beliau perlulah juga bersedia dengan bahan pengajaran yang akan membantu beliau
memenuhi sasaran standard pengajaran dan pembelajarannya pada hari itu.
Bahan
pengajaran pada awalnya lebih dikenali sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM), Bahan
Bantu Mengajar (BBM), Bahan Bantu Belajar (BBB), Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran (BPP) dan Medium Pengajaran dan Pembelajaran (MPP). Walaupun ianya
mempunyai pelbagai nama namun fungsinya masih sama iaitu untuk membantu
dan memudahkan seseorang guru itu
menyampaikan pengajarannya. Menurut Dr. Khairuddin Mohamad (2011) bahan
pengajaran ialah satu instrumen yang digunakan sebagai sumber untuk memantapkan
teknik pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Perkataan
‘bahan’ lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan ‘alat’ kerana ‘alat’ hanya merujuk kepada
barang atau benda maujud. Perkataan ‘bahan’ pula lebih luas konsepnya tidak
hanya merujuk kepada benda maujud sahaja.
2.0
Definisi dan konsep bahan pengajaran.
Seperti
yang telah diperbincangkan di atas, bahan pengajaran ialah pelbagai bahan yang
digunakan guru secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Murid-murid lazimnya sukar memberikan tumpuan ketika pengajaran
dan pembelajaran sedang berjalan oleh itu bahan pengajaran digunakan dengan
tujuan mengekalkan penumpuan murid sepanjang tempoh pembelajaran. Apabila murid memberikan tumpuan penuh kepada
pembelajarannya maka ini secara tidak langsung memudahkan guru menyampaikan
pengajaran mereka dengan berkesan dan bersistematik.
Dari segi
konsepnya, bahan pengajaran dicipta untuk digunakan oleh murid. Oleh itu bahan
pengajaran yang di rekacipta perlulah boleh menarik minat murid untuk
menggunakannya. Guru pula perlu memainkan peranan sebagai sumber pembelajaran
yang akan membantu murid memperolehi pelbagai fakta, kemahiran dan pendapat untuk membantu proses kognitif murid. Ini akan menjuruskan murid ke arah pemikiran
yang kreatif dan kritis.
3.0
Jenis bahan pengajaran.
Bahan pengajaran boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu
bahan pengajaran
elektronik dan bahan pengajaran yang bukan
elektronik.
3.1 Bahan pengajaran elektronik.
Bahan
pengajaran elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik.
Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru kerana ianya
mudah dan menarik minat murid. Antara contoh bahan pengajaran elektronik ialah
radio, televisyen, komputer, projektor, pemain CD ataupun DVD, dan sebagainya.
komputer televisyen
CD atau DVD radio
Pemain CD dan DVD
komputer riba
3.2 Bahan pengajaran bukan
elektronik.
Bahan pengajaran bukan elektronik
adalah bahan pengajaran terawal yang digunakan oleh guru-guru sebelum wujudnya
bahan pengajaran elektronik. Walaupun begitu
fungsinya masih berkesan untuk memudahkan guru menyampaikan
pengajarannya. Antara bahan pengajaran
buka elektronik ialah buku, papan putih, kad imbasan, carta, majalah, simulasi,
boneka, permainan bahasa dan sebagainya.
carta kad imbasan
papan putih buku
majalah
Khamis, 19 Julai 2012
refleksi perkhemahan BIG
1.0
Refleksi
1.1 Ucapan penghargaan terima kasih
Pertama sekali saya mengucapkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapatlah saya bersama
rakan – rakan yang lain menjalankan perkhemahan Bina Insan Guru ini dengan
jayanya. Keduanya terima kasih kepada
pihak BPG yang telah memilih saya menyertai Program Pengsiswazahan Guru ini.
Terima kasih juga kepada IPG Kampus Raja Melewar yang telah sudi menerima saya
sebagai peserta program ini dan menjalani program ini di IPG Kampus Raja
Melewar yang tersohor namanya di negara ini. Pensyarah – pensyarah Unit
Ko-Kurikulum IPG Kampus Raja Melewar juga saya ucapkan jutaan terima kasih di
atas tunjuk ajar dan sentiasa bersabar melayani karenah kami sebelum, semasa
dan selepas menjalankan perkhemahan ini.
Terutamanya Puan Maznah yang telah datang memantau perkhemahan kami.
Tidak juga dilupakan penyelaras BIG Encik Amran.
Kepada rakan-rakan sekumpulan yang bersama bertungkus
lumus menjayakan perkhemahan ini juga sangat saya hargai dan jasa kalian akan
sentiasa saya kenang. Pihak Sekolah
Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai, terutamanya Tuan Guru Besar, Encik Abdul Razak
Bin Rasdi selangit ucapan terima kasih
saya kerana sudi membenarkan kami menjalankan perkhemahan BIG ini di sekolah
tuan. Semoga Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka terus gemilang namanya di persada
pendidikan di negara kita. Akhirnya jutaan terima kasih kepada para peserta
perkhemahan iaitu ahli PBSM Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.
Selasa, 10 Julai 2012
Renang
Sejarah renang di Malaysia.
Perkembangan sukan renang turut dirasai di
Malaysia. Penduduk di Tanah
Melayu turut menunjukkan minat terhadap aktiviti
renang. Persatuan renang yang terawal
ditubuhkan di Malaysia ialah Penang Swimming Club pada tahun 1908. Selepas itu
muncullah kelab-kelab renang seperti ;
i.
Penang Chinese Swimming Club 1928.
ii.
European Swimming Club 1930an di Ipoh, Taiping
dan Kuala Lumpur.
iii.
Kinta Swimming Club, Ipoh 1936.
Kejohanan sukan renang telah
diadakan pada tahun 1931 oleh The Malayan Chinese Olympiad. Kejohanan ini berlangsung
setiap tahun hingga tahun 1937. Kejohanan disertai oleh kelab-kelab renang dari
Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
The Malayan Amateur Swimming
Union telah ditubuhkan pada tahun 1955. Pertandingan yang pada mulanya antara
kelab-kelab renang telah bertukar kepada pertandingan renang antara
negeri-negeri.
Kini persatuan renang di Malaysia
telah dikenali sebagai Amateur Swimming Union Malaysia (ASUM). ASUM adalah ahli
gabungan dengan badan renang dunia iaitu Federation Internationale de Nation
Amateur (FINA).
Sejak tahun 1956 lagi, Malaysia
telah menyertai pertandingan renang antarabangsa termasuklah Sukan
Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP / SEA dan
Kejohanan renang peringkat dunia dan Asia yang lain.
Khamis, 17 Mei 2012
Isnin, 14 Mei 2012
saya kembali....
uihhh..dah lama tak usik blog ni....bukan ape...lupa pasword... skang dh dapat balik...bole le saya postkan cerita-cerita yg menarik...tunggu ye....
Langgan:
Catatan (Atom)