MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 23 Februari 2020

Add math

Sabtu, 22 Februari 2020

Add math : Indeks dan Logaritma

Jumaat, 21 Februari 2020

Add math : Indeks dan Logaritma

Rabu, 19 Februari 2020

Add math Bab 6

BAB 6 ADD MATH SPM

#pes2020

Isnin, 17 Februari 2020

Cara Mudah Buat Kek Pisang Yang Lazat

Khamis, 13 Februari 2020

Biskut Makmur WOW!!!

Hantar dan Terima

Khamis, 30 Januari 2020

Objektif Latihan

Pasti ramai yang nak tahu apa objektif kita mengadakan latihan. Jom, kali ni kita bincangkan pula apa objektif yang kita nak capai apabila mengadakan latihan.

1. Pembentukan atau peningkatan pelbagai aspek fizikal.
Antara objektif utama yang perlu dicapai apabila mengadakan latihan ialah kita ingin meningkatkan :
       - daya tahan otot
       - kekuatan
       - kelajuan
       - kelenturan
       - tahap kordinasi yang tinggi

2. Pembentukan keperluan fizikal yang khusus untuk sukan tertentu.
Meningkatkan keupayaan relatif sepatutnya seperti :
       - komposisi otot
       - kekenyalan
       - kekuatan khusus
       - pergerakan tangkas dan tindak balas
       - kordinasi dan kelembutan

3. Faktor teknikal
Membaiki teknik asas dan teknik lakuan

4. Faktor taktikal
       - Meningkatkan strategi
       - mengkaji taktik pihak lawan
       - mempelbagaikan taktik

5. Aspek psikologi
       - tingkatkan disiplin
       - ketabahan
       - semangat melawan
       - keyakinan
       - kesungguhan

6. Kebolehan dan kecekapan pasukan
       - memantapkan pasukan
       - seimbang dari segi fizikal
       - taktikal dan strategi
       - tingkat semangat kerjasama

7. Faktor kesihatan
      - pemeriksaan kesihatan berjadual
      - latihan mengikut kemampuan kesihatan atlit
      - latihan untuk atlit yang benar benar sihat.

8. Mengelakkan kecederaan kecederaan berlaku.
      - elak kecederaan melalui cara meningkatkan kelembutan /kelenturan.
      - regangan otot untuk fasa permulaan atlit baru supaya apabila berlaku kesilapan dalam pergerakan dapat
        mengurangkan risiko kecederaan.

9. Pengetahuan teori
      - Tingkatkan pengetahuan tentang asas psikologi, latihan, perancangan, pemakanan dan pemulihan.

Rujukan :
THEORY AND METHODOLGY OF TRAINING
THE KEY TO ATHLETIC PERFORMANCE (THIRD EDITION)
Tudor O. Bompa. PHD

Rabu, 29 Januari 2020

Matlamat Atlit Berlatih

Ramai atlit yang turun berlatih. Ada yang suka berlatih, bersungguh dan fokus ketika berlatih. Sanggup menambah lagi waktu latihan walaupun tanpa bimbingan jurulatih. Ada yang hanya turun berlatih untuk memenuhi jadual latihan. Namun tetap fokus dalam latihan dan cuba buat yang terbaik. Ada juga turun berlatih kerana ingin menjaga kedudukan dalam pasukan. Tidak begitu fokus ketika dalam latihan. Ada kalanya merasakan aktiviti latihan tidak mendatangkan manfaat kepada dirinya. Ha...untuk atlit seperti ini, kena tahu apa matlamat sebenarnya latihan.

Matlamat pertama seorang atlit perlu turun berlatih ialah untuk menang dalam pertandingan. Kita tidak akan menang secara auto dalam sesuatu pertandingan. Jika tiada sebarang latihan jangan berharap kita akan menang kecuali lawan kita levelnya lebih teruk daripada kita. Kalau macam tu, memang tak perlu latihan. Tapi jika lawan kita adalah kuat, maka sewajarnyalah kita kena turun berlatih.

Matlamat kedua kita turun berlatih adalah memperbaiki prestasi. Kalau sebelum ini kita dianggap lemah oleh rakan dan lawan, maka dengan latihan yang betul, insyaAllah kita akan menjadi lebih baik. Apabila kita dah baik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang terbaik. Dah terbaik, kita berlatih lagi untuk menjadi yang lebih hebat dalam kalangan terbaik. Itu sekiranya kita sememangnya bercita-cita menjadi yang cemerlang. Hanya latihan dan usaha yang berterusan dapat mengubah level seorang pemain.

Matlamat ketiga dan yang terakhir ialah meningkatkan kemahiran teknik atau kebolehan biomotor. Ni yang selalunya atlit malas nak usaha untuk perbaiki. Contohnya untuk acara lompat jauh, ramai yang beranggapan hanya perlu lari dengan laju kemudian lompat. Sebenarnya ada beberapa fasa dalam lompatan jauh yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik lompatan ini akan mempengaruhi jarak lompatan atlit tersebut. Bukan hanya lompat jauh, semua jenis permainan ada teknik dan keupayaan biomotor yang perlu dikuasai oleh atlit. Penguasaan teknik dan biomotor ni hanya boleh ditingkatkan dengan latihan yang tersusun.

Ini adalah matlamat sebenar atlit turun berlatih. Kadang kala atlit memang bersemangat untuk turun berlatih tetapi jurulatih pula tidak begitu mahir dalam jadual latihan. Latihan yang dijalankan tidak dapat meningkatkan prestasi atlit. Oleh itu jurulatih perlu kaji semula jadual latihan dan bina situasi latihan yang mampu membantu mencapai matlamat matlamat yang kita dah bincangkan di atas. Jurulatih jangan marah ha, ini pandangan saya sahaja. Kalau rasa bermanfaat, ikut. Kalau tak, abaikan je.


InsyaAllah akan datang kita bincang hal kejurulatihan yang lain pula. Selamat berlatih.


Sumber rujukan :
THEORY AND METHODOLOGY OF TRAINING
THE KEY TO ATHLETIC PERFOMANCE (THIRD EDITION)

Tudor O. Bompa. PHD                             


Isnin, 27 Januari 2020

LATIHAN BOLA SEPAK

Rutin setiap kali turun latihan :

1. Jogging bersama bola
2. Regangan
3. Kemahiran mengawal bola
4. Kemahiran menggelecek dan menghadang pemain lawan.
5. Pemantapan formasi dan posisi.









Isnin, 20 Februari 2017

Hamburan Hadapan.

Dalam banyak banyak pelakuan gimnasik dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4, saya rasa inilah perlakuan yang paling sukar untuk murid-murid tahun 4 lakukan. Ini kerana, untuk melakukan aktiviti ini, murid perlu mampu melakukan dirian tangan tanpa sokongan. Sukar sebenarnya jika mereka tidak mempunyai kekuatan otot tangan yang baik.

         Setelah itu, mereka perlu meleding badan mereka ke belakang untuk melakukan hamburan. Akhirnya mereka akan mendarat dan seterusnya berdiri. Bolehlah kita tengok video pelajar ini. Dia berjaya melakukan hamburan cuma endingnya tidak begitu cantik. Tapi tahniah untuk dia.



Jumaat, 17 Februari 2017

Dirian Tangan

Ini Pendidikan Jasmani Tahun 4. Berdiri menggunakan tangan. Dengar je macam tu, budak -budak ni menggeletar pala lutut masing-msing. Ye lah, diri pakai kaki pun ada yang tumbang, ni pulak pakai tangan. Silap-silap muka terhentak ke lantai. Tapi nak buat macam mana, buat tetap kena buat, ye tak? Tapi dirian tangan ni ada ansur maju nya. Jom tengok macam mana ansur majunya.


Yup ini dia ansur majunya. Minta bantuan rakan untuk menampung kaki. Gunakan dinding semakin menampung badan agar tidak meleding ke belakang yang boleh mencederakan tulang beklakang. Sakit woo.

Kekuatan otot tangan sangat penting dalam melakukan aktiviti dirian tangan ni. Ototbadan belakang juga perlu stabil agar dapat menahan badan agar tidak melengkung ke belakang. Ada pelajar yang berjaya melakukan dirian tangan ni selepas berusaha dan pastinya dia sangat berbangga dengan kejayaan dia tu. Tahniah.



Ini dah boleh dirian tangan walaupun dengan barsdandar ke dinding, tapi tidak perlu lagi bantuan rakan.


Ini yang terbaik. Tanpa bantuan rakan dan sandaran dinidng. Hebatkan! Tahniah.

Khamis, 16 Februari 2017

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5

PUTARAN RODA.

Kemahiran PJ Tahun 5 asas gimnastik yang menarik untuk diajar kepada pelajar. Biasanya ramai pelajar yang pernah dan suka melakukan pergerakan ni. Tapi ramai juga yang gusar dan tidak yakin melakukannya. Inilah antara cabaran kepada guru Pendidikan Jasmani. Tetapi jika kita yakin dengan kaedah pengajaran kita, InsyaAllah pelajar kita mampu dan yakin melakukannya.



Bila dah yakin, tengoklah aksi mereka. Seronok je kan? Jadi, gimnastik bukanlah satu sukan yang merbahaya. Kalau betul caranya, mungkin kita akan lahirkan ramai ahli gimnas suatu masa nanti.

Sabtu, 24 Disember 2016

Paun Pizza

Senang je nak buat Paun Pizza ni. Tak susah mana pun.
Bahan-bahan yang diperlukan :
1. Roti paun (tak kisah la brand apa pun)
2. Mozarella, cheddar, cheesedale, apa apa cheese pun bole asalkan halal.
3. Daging atau ayam kisar.
4. Preego Bolagnese atau sos tomato atau tomato puri (ikut suka)
5. Lada Benggala, cendawan butang, bawang, sebagai hiasan
6. sos cili atau tomato

Cara membuatnya:
1. Susun roti di dalam dulang oven.
2. Letakkan preego yang telah dimasak bersama daging atau ayam kisar.


3. Letakkan lada benggala sebagai hiasan.
4. letakkan Mozarella, lagi banyak lagi sooooodaaaaappppp.





5. Masukkan ke dalam oven. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 5 minit. (asalkan mozarella tu cair)


6. Keluarkan dari oven. letak lah sos cili ke, sos tomato ke, mayonese ke, ikut anak tekak memasing kan.


Dah siap. Sesuai dimakan pada waktu pagi, tengah hari ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke tak pun masa tengok tv. Bebudak mesti suka kan? Selamat mencuba. Nak tukarkan dengan sardin pun sodap jugak ni kan?

Isnin, 5 Oktober 2015

Masjid Jeti Lumut

Nampak tak keunikan masjid ni...saya tertarik dengan rekabentuk kubahnya...istimewa sangat...

Ahad, 27 September 2015

Lemang

Bakar lemang tuk sambut Aidil Adha hari tu..Ni tuk yang kali kedua...selepas Aidil Fitri hari tu..InsyaAllah...kalo sihat tubuh badan dan dikurniakan rezki..tahun depan dan seterusnya...bakar lemang sendiri jugak....lebih puas hati dari beli tepi jalan...

Rabu, 31 Disember 2014

Manisnya kejayaan ini....

Malam Selasa bersamaan 30 Dis 2014 telah berlangsung Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang lepas. Antara pelajar yang diraikan ialah anak saya.


Pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penari Homestay Kg Ulu Rawa dan penyanyi cilik Marsya, Juara Bintang Kecil RTM 2014


Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Hj Ishak bin Ismail yang juga ADUN Kawasan Lenggeng.


Mesti nak tahu kan apa hadiah yang anak saya dapatkan.... Inilah dia...





Saya memang tak sangka... lumayan sungguh hadiahnya...terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar....guru-guru..PIBG terutamanya YDP dan Naib YDP...dan Dato Ishak...untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bukanlah hadiah ini yang menjadi matlamat utama dalam kejayaan anak saya, apa yang utama ialah agar dia berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah ini adalah satu dorongan kepada dia untuk terus berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Sebagai ayah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak saya.


Khamis, 4 Disember 2014

Temuduga kemasukan pelajar tingkatan satu 2015 SMK Sultan Alam Shah Putrajaya

Alhamdulillah, rezki anak saya yg berjaya meraih 5A dalam UPSR 2014.
Dia ditawarkan untuk hadir ke temuduga pengambilan pelajar tingkatan 1 2015 Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya.
Alam Shah bukanlah satu nama baru dalam sistem pendidikan negara kita. Saya sungguh berbangga apabila anak saya terpilih untuk menghadiri temuduga di sekolah antara yang berprestij di Malaysia.
Antara ujian yg dijalankan ialah ujian bertulis, ujian temuduga dan ujian kecergasan.
Alhamdulillah along berjaya mengharungi setiap ujian dengan baik. Sejujurnya saya tidaklah mengharapkan dia berjaya memasuki Sekolah Sultan Alam Shah ini. Persaingan begitu sengit dengan calon-calon yang hebat dari seluruh negara. Seramai 120 orang calon yang hadir untuk memenuhi kouta sekolah seramai 36 orang. Sudah tentu hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang akan berjaya.
Bagi saya, dipilih menghadiri temuduga sudah merupakan kejayaan yang hebat.