MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 31 Disember 2014

Manisnya kejayaan ini....

Malam Selasa bersamaan 30 Dis 2014 telah berlangsung Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang lepas. Antara pelajar yang diraikan ialah anak saya.


Pada malam itu sungguh meriah dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada penari Homestay Kg Ulu Rawa dan penyanyi cilik Marsya, Juara Bintang Kecil RTM 2014


Tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato' Hj Ishak bin Ismail yang juga ADUN Kawasan Lenggeng.


Mesti nak tahu kan apa hadiah yang anak saya dapatkan.... Inilah dia...





Saya memang tak sangka... lumayan sungguh hadiahnya...terima kasih kepada pihak sekolah terutama Tuan Guru Besar....guru-guru..PIBG terutamanya YDP dan Naib YDP...dan Dato Ishak...untuk hadiah yang sangat bermakna ini. Bukanlah hadiah ini yang menjadi matlamat utama dalam kejayaan anak saya, apa yang utama ialah agar dia berjaya di dunia dan akhirat. Hadiah ini adalah satu dorongan kepada dia untuk terus berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang dicita-citanya. Sebagai ayah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak saya.


Khamis, 4 Disember 2014

Temuduga kemasukan pelajar tingkatan satu 2015 SMK Sultan Alam Shah Putrajaya

Alhamdulillah, rezki anak saya yg berjaya meraih 5A dalam UPSR 2014.
Dia ditawarkan untuk hadir ke temuduga pengambilan pelajar tingkatan 1 2015 Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya.
Alam Shah bukanlah satu nama baru dalam sistem pendidikan negara kita. Saya sungguh berbangga apabila anak saya terpilih untuk menghadiri temuduga di sekolah antara yang berprestij di Malaysia.
Antara ujian yg dijalankan ialah ujian bertulis, ujian temuduga dan ujian kecergasan.
Alhamdulillah along berjaya mengharungi setiap ujian dengan baik. Sejujurnya saya tidaklah mengharapkan dia berjaya memasuki Sekolah Sultan Alam Shah ini. Persaingan begitu sengit dengan calon-calon yang hebat dari seluruh negara. Seramai 120 orang calon yang hadir untuk memenuhi kouta sekolah seramai 36 orang. Sudah tentu hanya yang terbaik dari kalangan yang terbaik sahaja yang akan berjaya.
Bagi saya, dipilih menghadiri temuduga sudah merupakan kejayaan yang hebat.