MENU BAR

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 19 Julai 2012

refleksi perkhemahan BIG


1.0       Refleksi
1.1 Ucapan penghargaan terima kasih
            Pertama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapatlah saya bersama rakan – rakan yang lain menjalankan perkhemahan Bina Insan Guru ini dengan jayanya.  Keduanya terima kasih kepada pihak BPG yang telah memilih saya menyertai Program Pengsiswazahan Guru ini. Terima kasih juga kepada IPG Kampus Raja Melewar yang telah sudi menerima saya sebagai peserta program ini dan menjalani program ini di IPG Kampus Raja Melewar yang tersohor namanya di negara ini. Pensyarah – pensyarah Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Raja Melewar juga saya ucapkan jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar dan sentiasa bersabar melayani karenah kami sebelum, semasa dan selepas menjalankan perkhemahan ini.  Terutamanya Puan Maznah yang telah datang memantau perkhemahan kami. Tidak juga dilupakan penyelaras BIG Encik Amran.
Kepada rakan-rakan sekumpulan yang bersama bertungkus lumus menjayakan perkhemahan ini juga sangat saya hargai dan jasa kalian akan sentiasa saya kenang. Pihak  Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Nilai, terutamanya Tuan Guru Besar, Encik Abdul Razak Bin Rasdi selangit ucapan  terima kasih saya kerana sudi membenarkan kami menjalankan perkhemahan BIG ini di sekolah tuan. Semoga Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka terus gemilang namanya di persada pendidikan di negara kita. Akhirnya jutaan terima kasih kepada para peserta perkhemahan iaitu ahli PBSM Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka.




Selasa, 10 Julai 2012

Renang


      Sejarah renang di Malaysia.

Perkembangan sukan renang turut dirasai di Malaysia. Penduduk di Tanah
Melayu turut menunjukkan minat terhadap aktiviti renang.  Persatuan renang yang terawal ditubuhkan di Malaysia ialah Penang Swimming Club pada tahun 1908. Selepas itu muncullah kelab-kelab renang seperti ;
i.              Penang Chinese Swimming Club 1928.
ii.            European Swimming Club 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur.
iii.           Kinta Swimming Club, Ipoh 1936.
Kejohanan sukan renang telah diadakan pada tahun 1931 oleh The Malayan Chinese Olympiad. Kejohanan ini berlangsung setiap tahun hingga tahun 1937. Kejohanan disertai oleh kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak,  Johor dan Melaka.
The Malayan Amateur Swimming Union telah ditubuhkan pada tahun 1955.  Pertandingan yang pada mulanya antara kelab-kelab renang telah bertukar kepada pertandingan renang antara negeri-negeri.
Kini persatuan renang di Malaysia telah dikenali sebagai Amateur Swimming Union Malaysia (ASUM). ASUM adalah ahli gabungan dengan badan renang dunia iaitu Federation Internationale de Nation Amateur (FINA).
Sejak tahun 1956 lagi, Malaysia telah menyertai pertandingan renang antarabangsa termasuklah Sukan Olimpik,  Sukan  Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP / SEA dan Kejohanan renang peringkat dunia dan Asia yang lain.