Sabtu, 26 September 2009
Ahad, 30 Ogos 2009
Budi Bahasa Budaya Kita
Sewaktu kitorang sedang berehat di tepi Sogo KL, kitorang ternampak seorang anggota polis yang baik hati. Beliau telah menolong menolak sebuah kenderaan yang rosak ke tepi jalan. Walaupun puasa tapi anggota ini tetap membantu mereka yang dalam kesusahan. Tahniah dan Syabas kepada anggota tersebut. Kepada para pemandu yang lain, periksalah kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan supaya insiden seperti ini tidak berlaku kepada anda.
Minta dijauhkan
Peringatan ini untuk diri saya sendiri dan juga kepada semua pemandu. Sentiasalah kita berwaspada ketika berada di atas jalan raya. Jangan memandu mengikut perasaaan dan nafsu. Malang tidak berbau. Bersikaplah bertimbang rasa dan jangan memandu dalam keadaan lesu, letih dan marah. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan biarkan orang tersayang menanti dalam tangisan. Terutamanya dalam musim perayaan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)